Skip to main content

Teknologi Membentuk Semula Gaya Hidup Masyarakat Malaysia

Perkembangan teknologi masa kini tidak lagi terhad kepada perubahan pada alat atau peranti semata-mata, sebaliknya telah membentuk semula cara hidup masyarakat Malaysia secara menyeluruh. Daripada urusan harian seperti membeli sarapan sehinggalah kepada proses pembelajaran dan cara bekerja, teknologi kini menjadi sebahagian daripada ekosistem kehidupan moden. Perubahan ini berlaku secara pantas dan merentas semua lapisan masyarakat sama ada di bandar mahupun di luar bandar.

Next Gen Melayu: Islam, Identiti dan Masa Depan Negara Kita

Generasi muda Melayu kini hidup dalam dunia yang bergerak sepantas bayang sendiri. Apa yang dianggap mustahil semalam menjadi kenyataan hari ini. Dalam hiruk-pikuk media sosial, dalam gelombang teknologi yang tidak pernah tidur, dalam ledakan budaya global yang menyelinap masuk seperti angin malam, anak muda Melayu sedang belajar memahami siapa mereka dalam dunia yang begitu terbuka. Mereka tidak lagi hanya mewarisi sejarah namun mereka sedang menulis sejarah sendiri. Perjalanan ini bukan sekadar pencarian identiti, tetapi pencarian makna, prinsip, dan arah.

Strok: Apabila Fikiran Terdiam dan Hidup Berubah Kisah Benar dan Pengajaran Kesihatan

Tanggal 27 April 2024 bermula seperti hari-hari biasa yang lain. Tiada firasat, tiada petanda, tiada rasa sakit yang mencurigakan. Saya melangkah tenang ke Masjid Imam Ash-Shafie, KotaSAS, membawa tubuh yang sihat dan fikiran yang terasa utuh, untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah. Di dalam rumah Allah itu, suasana hening dan damai menyelubungi jiwa. Segalanya kelihatan normal, sehinggalah detik itu hadir tanpa dijemput.

Inflasi Hijau dan Kos Peralihan Tenaga: Siapa Yang Membayar Bil Sebenar untuk Ekonomi Karbon Sifar?

Di tengah-tengah keghairahan global untuk mencapai aspirasi ekonomi karbon sifar, naratif pembangunan mampan sering kali diwarnai dengan janji-janji masa depan yang bersih dan hijau. Malaysia, tidak terkecuali, telah melangkah gagah dengan pengenalan Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan komitmen antarabangsa di bawah Perjanjian Paris, menandakan satu anjakan paradigma yang monumental daripada sistem tenaga berasaskan fosil kepada sumber boleh diperbaharui.

TVET Inklusif: Meruntuhkan Tembok, Membina Masa Depan

Selama beberapa dekad, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Malaysia sering dinilai melalui lensa sempit statistik makro seperti berapa ramai graduan dilahirkan, sejauh mana kebolehpasaran mereka, dan sejauh mana sumbangannya kepada pertumbuhan ekonomi negara. Namun, pendekatan sebegini gagal menangkap makna sebenar TVET sebagai instrumen perubahan sosial.

Antara Realiti ‘Hab Kecemerlangan’ dan Obsesi Angka Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia

Dalam menelusuri dekad terakhir pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025, landskap pendidikan tinggi negara telah menyaksikan transformasi yang tidak boleh dipandang enteng. Malaysia, dengan aspirasi yang tinggi, telah meletakkan dirinya di peta dunia sebagai destinasi pendidikan pilihan. Usaha ini nampaknya membuahkan hasil jika dinilai dari segi statistik kasar.

Subscribe to Experts