Pengorbanan anggota keselamatan UMP dihargai
Pekan, 24 Mei- Prihatin dengan tanggungjawab yang digalas anggota keselamatan yang bakal bertugas tatkala umat Islam bercuti merayakan Aidil Fitri yang akan menjelang tiba tidak lama lagi, Jabatan Pendaftar Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyerahkan sebanyak 29 bungkusan kuih raya kepada mereka sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka.
Sumbangan diserahkan oleh Pro Pendaftar UMP, Abd. Rahman Hj Safie bertempat di Bangunan Canseleri Tun Abdul Razak, UMP Pekan hari ini.