Chinese New Year Cultural tarik minat pelajar-pelajar UMPSA
GAMBANG, 21 Januari 2025 – Seramai 120 orang pelajar program asasi Pusat Sains Matematik (PSM), pelajar dari China dan staf memeriahkan Program Chinese New Year Cultura anjuran Confucius Institute Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (CI UMPSA) dengan kerjasama PSM UMPSA baru-baru ini.
Program itu dibantu oleh seramai lapan orang staf akademik China dari CI UMPSA bagi memberi pendedahan berkaitan kaligrafi Cina, seni menggunting kertas, lukisan Cina, mewarna kipas Cina, memasak ladu dan memakai pakaian Cina.