Skip to main content

UMPSA empowers Local Fish Ornamental

PEKAN, 20 December 2024- Centre for Modern Languages (CML), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) has successfully conducted a Corporate Social Responsibilities (CSR) with the Port Dickson Ornamental Fish Centre to assist with the translations of the fish descriptions. 

The initiative, referred as Fishtales 2024 sought to highlight Malaysia's abundant aquatic resources while underscoring the crucial role of language in fostering cultural and scientific collaboration. 

UMPSA bakal tubuh Sekolah Pengajian Siswazah dalam Ekosistem TVET yang pertama di Malaysia

PEKAN, 20 Disember 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) akan mempunyai Sekolah Pengajian Siswazah dalam Ekosistem TVET pertama di Malaysia dengan penubuhan Graduate Engineering & Technological Business School (GET-BS) tidak lama lagi. 

Institusi ini bakal menjadi Sekolah Pengajian Siswazah yang berteraskan pengurusan dan perniagaan dengan penekanan kepada elemen teknologi serta kejuruteraan. 

UMPSA sertai Majlis Menandatangani Nota Kerjasama di antara KEMENTAH dan KPT

KUALA LUMPUR, 2 Disember 2024 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berbangga menjadi sebahagian daripada Majlis Menandatangani Nota Kerjasama di antara Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang berlangsung di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM.

Majlis ini menyaksikan usaha kerjasama strategik antara dua kementerian utama dalam membangunkan program Work-Based Learning (WBL), Program Komuniti Tertumpu dan Kolaborasi Industri Pertahanan. 

UMPSA universiti teknologi terbaik kelestarian di Malaysia, diiktiraf 62 terbaik dunia

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus cemerlang sebagai universiti teknologi terbaik di Malaysia apabila berada di tangga ke-62 di dunia dalam penarafan UI GreenMetric World University Rankings (UIGWUR) 2024 yang diumum oleh pihak UI GreenMetric baru-baru ini. 

Kejayaan ini menyaksikan UMPSA berada di kedudukan nombor satu terbaik dalam Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) dan tempat keempat terbaik di Malaysia daripada 60 institusi pendidikan tinggi (IPT) yang tersenarai pada kali ini.  

UMPSA raih Pensijilan MS ISO 9001:2015, buktikan tadbir urus cemerlang

KUANTAN, 18 Disember 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berjaya meraih pensijilan MS ISO 9001:2015, sekali gus membuktikan tadbir urus universiti yang cemerlang dan penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti tinggi.

Majlis Penyampaian Sijil dan Apresiasi Pensijilan MS ISO 9001:2015 telah diadakan di Hotel Grand Darul Makmur yang dirasmikan oleh Pengarah Negeri Pahang,SIRIM QAS, Mazlina Manshor yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS International Sdn. Bhd., Hajah Nur Fadhilah Muhammad.

Subscribe to General