Subjek Perniagaan dan Ekonomi UMPSA dalam kelompok 300 terbaik dunia
PEKAN, 22 Januari 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdulah (UMPSA) terus cemerlang apabila empat subjek universiti ini tersenarai dalam kelompok terbaik dunia dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings by Subjects 2025 yang diumumkan baru-baru ini.
Lebih membanggakan apabila buat pertama kalinya subjek Perniagaan dan Ekonomi (Business and Economics) tersenarai dalam kelompok 251–300 terbaik dunia.