WORQ kemudahan ruang pejabat syarikat pemula untuk manfaat staf UMPSA
KUALA LUMPUR, 21 November 2024 – ‘Co-working space’ atau ruang kongsi kerja kini menjadi semakin popular dan berkembang dengan pesatnya.
Konsepnya lebih kurang sama seperti pejabat konvensional, tetapi yang membezakannya adalah budaya kerja dan penyediaan kemudahan yang pelbagai serta lebih fleksibel.