Pilih untuk Berkongsi, 4 penaja hulur bantuan buat pelajar UMPSA
PEKAN, 11 Disember 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerima sumbangan daripada empat penaja utama dalam Majlis Penyerahan Pilih untuk Berkongsi anjuran Yayasan UMPSA yang diadakan di Dewan Bankuet UMPSA Pekan.
Sumbangan itu bertujuan untuk membantu meringankan beban mahasiswa melalui pelbagai inisiatif pendidikan yang disalurkan oleh penaja-penaja yang terlibat iaitu Lembaga Tabung Haji, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Pahang, Yayasan Pelajaran MARA dan Ekuiti Nasional Berhad.