UMP-KYP metrai kerjasama akademik, penyelidikan dan penerbitan
Sebanyak tiga terbitan berkualiti Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Yayasan Pahang (YP) dilancarkan hari ini hasil kerjasama strategik yang dimanfaatkan kedua-dua pihak terutamanya dalam konteks pemantapan amalan tadbir urus, integriti dan etika.
Tiga jurnal ini adalah Journal of Integrity & Governance; ISO 37001: 2016 Anti-Bribery Management System (ABMS): The Development of Measurement and a Preliminary Study of Three Organisations dan Ethics, Corporate & Social Responsibility and Audit Services of SMEs.