Skip to main content

Penyedut Minuman Straw Jauhar Mesra Alam

Kuantan, 21 Januari- Menyedari kepentingan bagi memelihara pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada penggunaan barangan plastik, pelbagai inisiatif menggantikan penyedut minuman sedang diusahakan memandangkan straw  daripada bahan plastik mengambil masa lebih 500 tahun untuk terurai di samping mencemarkan alam serta boleh mengancam hidupan di bumi. 

PhyMill dicipta khas untuk bantu juru terapi dan pesakit kanak-kanak jalani rawatan fisioterapi

Kuantan, 17 Januari – Simpati terhadap nasib kanak-kanak yang menghadapi gangguan kebolehan mengawal kedudukan dan pengaktifan badan disebabkan kerosakan pada otak yang sedang berkembang atau lebih dikenali sebagai Palsi Cerebrum (Cerebral Palsy) telah mendorong sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Pahang  (UMP) menghasilkan produk Smart Physio-Treadmill (PhyMill) bagi membantu pesakit menjalani latihan pergerakan berjalan.

AGRISOFT to boost production for farmers and breeders

Concern with problems often faced by farmers or breeders in monitoring and regulating their crops or livestock has motivated a Universiti Malaysia Pahang (UMP) researcher to come up with a system called IoT-Enabled Farmer Digital Expert System @ AGRISOFT.

The system is developed to help overcome losses due to damages in crops or livestock caused by ecological changes which have not been observed earlier.

Ts. Mohd. Najib Penyelidik Usahawan Hasilkan Produk Rawatan Sisa Air Berminyak

Kuantan, 2 Disember- Menyedari isu pembuangan sisa air berminyak yang tidak terkawal dan isu-isu pencemaran air yang menjejaskan alam sekitar memberi inspirasi buat pensyarah Universiti Malaysia Pahang (UMP) dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia & Proses, Ts. Mohd Najib Razali menjalankan penyelidikan rawatan sisa air berminyak dan berjaya menghasilkan produk MNRg-Treat berformulasi berteknologi hijau yang mampu digunakan pihak industri dalam merawat sisa air yang berminyak.

Dua Produk UMP Menang Anugerah Pengkomersialan Malaysia (MCY 2019)

Produk yang dihasilkan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Proses, Ts. Mohd Najib Razali iaitu produk MNRg-Treat yang dihasilkan untuk merawat sisa air berminyak menggunakan formulasi berteknologi hijau telah dianugerahkan Anugerah Usahawan Penyelidik Tahun Pengkomersialan Malaysia 2019 (MYC 2019) anjuran Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) baru-baru ini.

Subscribe to Research