Skip to main content

MHeLFAGV Ciptaan Penyelidik UMP Bantu Angkat Bebanan lebih 50 kg

Pekan, 4 Julai – Prihatin terhadap permasalahan dalam industri mendorong sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Pahang menghasilkan Mini Heavy Loaded Forklift Autonomous Guided Vehicle (MHeLFAGV) bagi menyelesaikan masalah untuk mengangkut penggulung besi yang beratnya antara 50 kg hingga 60 kg daripada stor kilang yang agak sempit ke bilik pemeriksaan dalam masa tidak lebih dari 20 minit.

Teknologi Penanaman Terung Secara Fertigasi Dalam Kampus UMP

Kuantan, 11 Jun– Dalam usaha memanfaatkan ruang kosong dalam kampus, UMP Technology Sdn. Bhd. (UMPT) yang merupakan  anak syarikat milik penuh UMP Holdings yang bertanggungjawab membantu mempergiatkan aktiviti pengkomersialan produk UMP berjaya mengusahakan tanaman pokok terung secara fertigasi di UMP Pilot Fertigation Plant di UMP Gambang. 

Penyelidik UMP hasilkan alat penyedut madu kelulut lebih berkualiti

Pekan, 29 Mei– Sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) menghasilkan produk “Sleek Pump” bagi memudahkan kepada pengusaha projek ternakan madu kelulut untuk menyedut madu dengan tidak menjejaskan kualiti madu tersebut.  

Ketua Penyelidik, Dr. Mohamad Firdaus Basrawi, 34 yang merupakan Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan (FKMP) berkata, projek ini bermula tahun 2016 dan telah siap sepenuhnya pada tahun 2018.

Subscribe to Research