Skip to main content

Penyelidik UMP hasil Produk Terbaik

Seramai hampir 300 peserta telah turut mengambil bahagian dalam program Creation, Innovation Technology & research Exposition (CITREX) 2018 kali keenam yang telah dianjurkan di Kompleks Sukan Universiti, Universiti Malaysia Pahang semalam.

CITREX merupakan sebuah pertandingan penyelidikan peringkat universiti yang menghimpunkan produk-produk penyelidikan staf dan mahasiswa UMP dari pelbagai fakulti bagi tujuan saringan dalam usaha untuk dibawa ke pertandingan ataupun pameran di peringkat nasional dan antarabangsa.

UMP terima kunjungan delegasi antarabangsa

Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima delegasi antarabangsa, TUV SUD Singapura dan TAPIO Management Advisor Sdn bhd (TAPIO) bagi meneroka peluang kerjasama  dalam bidang akademik dan penyelidikan serta menjadi  rujukan dan tumpuan negara dalam era Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) akan datang.

Delegasi diketuai oleh Dr. Andreas Hauser disertai Jackie Tan, Emily Yee manakala dari Wilayah Ekonomi Pantai Timur Pembangunan (ECERDC) iaitu Bernhard Schutte, Mohd Imran Abd Latiff  dan Randolph Chin. Pihak TAPIO  pula diwakili Tan Heng Siang, David Taylor dan Hugo Lecointre.

UMP Menang Kertas Kajian Terbaik ICHSST

Kuantan, 22 Januari- Pensyarah Universiti Malaysia Pahang (UMP), Datin Dr Mazita Mokhtar dari Fakulti Pengurusan Industri yang menjalankan kajian bertajuk `Measuring the Produk Quality of Malaysian Herbal Industry : a pilot study’ dianugerahkan Kertas Kajian Terbaik dalam The IV International Conference on Humanities, Sciences, Social Sciences and Technology (ICHSST) kali keempat yang berlangsung di University of Leeds United Kingdom baru-baru ini .

Pelancaran UMP Valid8 dan Dompet Mudah Alih UMP XChain guna Teknologi Blockchain

Universiti Malaysia Pahang (UMP)  menjadi universiti pertama di Malaysia yang menggunakan Teknologi Blockchain bagi Pengesahan Perakuan Sijil UMP Valid8 dan Mobile Wallet –UMP XChain atau Dompet Mudah Alih yang dilancarkan hari ini. Keunikan teknologi ini adalah pada data sesebuah aplikasi itu yang disimpan menggunakan konsep Distrubuted Ledger iaitu data tidak disimpan pada hanya satu lokasi, tetapi disimpan secara encrypted di pelbagai lokasi.

 

UMP Launches UMPValid8 and Mobile Wallet UMP XChain

Universiti Malaysia Pahang becomes the first public universities in Malaysia to use Blockchain Technology for UMPValid8 and Mobile Wallet UMP XChain. UMPValid8 is the new application design to validate the authenticity of graduation  certificates. 

Special features of this technology lies in the data storage where the application data is not kept in single location, but is encrypted and stored in various location using the concept of Distributed Ledger.  

Kayu Kufi 3D UMP berinovasi tinggi jadi tarikan

Seni kaligrafi Islam atau lebih dikenali sebagai seni khat merupakan khazanah tertua yang masih dimiliki oleh umat Islam dan berkembang di pelosok dunia selari dengan perkembangan Islam. Menyedari nilai seni kaligrafi Islam perlu diperluaskan dan dimartabatkan, sekumpulan pensyarah dan mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah menginovasikan penghasilan kufi dalam tempoh masa yang singkat dan berkualiti.  

Subscribe to Research