Norliana Samsudin terima Anugerah Ikon Inspirasi Pembelajaran Sepanjang Hayat
GAMBANG, 10 Jun 2026 – Semangat menuntut ilmu tanpa mengira usia dan kejayaan yang telah dicapai menjadi antara faktor utama yang melayakkan alumni Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Norliana Samsudin, dipilih sebagai penerima Anugerah Ikon Inspirasi Pembelajaran Sepanjang Hayat di Malam Anugerah Mercu Sanjung (MARS) 2025 yang diadakan di Dewan Kompleks Sukan, UMPSA Kampus Gambang baru-baru ini.