Skip to main content

UMPSA cipta sejarah, SPE Student Chapter dinobat terbaik dunia

KUANTAN, 9 Jun 2026 – Society of Petroleum Engineers (SPE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Student Chapter melakar sejarah di persada global apabila berjaya merangkul anugerah tertinggi daripada Society of Petroleum Engineers (SPE), iaitu ‘2026 Presidential Award for Outstanding Student Chapter’.

Pentas sulung Abryxa Band, 5 pelajar UMPSA gegar Busking Challenge MAKUM 2026

BATU PAHAT, 13 Jun 2026 - Pertandingan Busking Challenge MAKUM 2026 peringkat kebangsaan yang berlangsung selama tiga hari  telah melabuhkan tirainya selepas menyaksikan persaingan sengit dalam kalangan pelajar universiti awam (UA) dari seluruh negara yang diadakan sejak 12 Jun hingga 14 Jun lalu di Dataran Astaka Shahbandar, Batu Pahat, Johor. 

Sukarelawan Yayasan UMPSA dinobat Kumpulan Penasihat Terbaik MARS 2025

GAMBANG, 16 Jun 2026 – Komitmen berterusan dalam memperkasakan budaya kesukarelawanan dan pembangunan sahsiah mahasiswa membolehkan Sukarelawan Yayasan UMPSA dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kumpulan Penasihat Terbaik dalam Majlis Anugerah Mercu Sanjung (MARS) UMPSA 2025

Pengiktirafan itu diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan UMPSA, Mohd Jamil Ja’afar dan Penolong Eksekutif Yayasan UMPSA, Akmal Asyraf Mior Azalian yang bertindak sebagai penasihat kepada pasukan sukarelawan tersebut.

Mohamad Mohsin Ismail dinobat Ikon Alumni Harapan UMPSA

GAMBANG, 16 Jun 2026 – Graduan Fakulti Komputeran, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Mohamad Mohsin Ismail, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ikon Alumni Harapan UMPSA di Malam Anugerah Mercu Sanjung (MARS) 2025 atas kecemerlangan beliau dalam bidang inovasi dan keusahawanan teknologi.

Anugerah tersebut merupakan pengiktirafan terhadap pencapaian beliau sebagai usahawan muda yang berjaya mengasaskan syarikat teknologi Mahiran Digital Sdn. Bhd. ketika masih bergelar mahasiswa.

Presma Band cipta persembahan memukau, rangkul tempat ke-3 Battle of the Band

KUANTAN, 10 Jun 2026 - Kumpulan Presma Band yang mewakili Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berjaya mengharumkan nama universiti apabila meraih tempat ketiga dalam pertandingan Battle of the Band anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang berlangsung di Dewan Kompleks Kementerian Dalam Negeri Bandar Indera Mahkota, Kuantan baru-baru ini. 

Subscribe to Student