Yayasan UMP hulur bantuan untuk pelajar
Pekan, 3 Oktober 2020 - Yayasan Universiti Malaysia Pahang (UMP) membantu meringankan beban pelajar yang terkesan akibat penangguhan pelajar masuk UMP melalui pemberian insentif bantuan kecemasan.
Bantuan ini termasuklah mereka yang telah berada di dalam kampus atau belum kembali ke kampus namun terpaksa membatalkan tiket pengangkutan atau logistik mahupun yang terpaksa berpatah balik ketika dalam perjalanan ke kampus.