Islam, Melayu dan Identiti Negara Bangsa Malaysia
Malaysia bukan sekadar sebuah negara yang berdiri atas sempadan geografi dan perjanjian politik, tetapi sebuah negara bangsa yang tumbuh daripada rundingan sejarah, kebijaksanaan perlembagaan dan keunikan budaya. Di teras pembinaannya terletak satu tapak asas yang sering dibahaskan, namun jarang difahami secara mendalam iaitu hubungan tiga serangkai antara Islam, Melayu dan identiti kebangsaan Malaysia.