Skip to main content

Mahasiswa UMP Hulur Sumbangan, Timba Pengalaman Sosio Budaya Masyarakat Kemboja

Kemboja, 30 November – Seramai 10 orang mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) daripada Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam dan Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli yang menyertai misi Mobiliti Asean Kemboja 2018 baru-baru ini memberikan mereka peluang menimba pengalaman mengenai sosio budaya masyarakat dan mengadakan program khidmat komuniti di sana.

“Gerobok Rezeki #BPACare” Project Launched

Kuantan, 3 October – Concerned with the issue of the students, Universiti Malaysia Pahang (UMP) launched a project called “Gerobok Rezeki #BPACare” in conjunction with the Academic Management Division Open Day 2018 (HTBPA) at UMP Gambang Campus.

FKM Reka Kerusi Buat Adam

Pekan, 6 September-  Seorang kanak-kanak kelainan upaya (OKU) tersenyum gembira apabila menerima kerusi roda khas yang dinamakan Adam’s  Chair  yang dihasilkan oleh mahasiswa dan sekumpulan pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM)  baru-baru ini. Muhammad Adam Ayrash Abdullah, 8 tahun merupakan murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Serandu yang mengidap Cerebral Palsy (CP) sejak lahir sehingga menyebabkannya ketidakupayaan mengawal pergerakan otot. 

 

Program Motivasi Intensif QGen Beri Pendedahan STEM

Kuantan, 16 Julai – Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Korporat & Kualiti (JHKK), Jabatan Jaringan Industri & Masyarakat (JJIM) dan Persatuan Pelajar Kejuruteraan Kimia (CHEST) telah menganjurkan Kem Motivasi Intensive QGen 2018 yang diadakan di Cempaka Beach Resort, Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Pendedahan Literasi Digital Didik Kanak-kanak Celik Teknologi

Pekan, 12 Julai- Penggunaan teknologi kini semakin  berkembang dengan pesat dan golongan kanak-kanak juga tidak ketinggalan  dalam menjadikan teknologi sebagai salah satu komponen penting yang diperlukan dalam pendidikan masa kini. Teknologi pada masa kini banyak memberikan  kesan kepada pendidikan awal kanak-kanak.

Di samping itu, teknologi media mahupun pelbagai teknologi baharu banyak membantu meningkatkan kefahaman terhadap maklumat yang ingin disampaikan dan meningkatkan perkembangan pengetahuan dan literasi kanak-kanak.

Mahasiswa Baharu UMP Dekati Komuniti

Bera, 6 Julai – Walaupun pada ketika itu baharu enam hari bergelar mahasiswa, namun mereka telah mampu menyantuni komuniti sekitar. Inilah pengalaman bermakna yang dilalui sembilan mahasiswa baharu program Diploma Universiti Malaysia Pahang (UMP) melalui penglibatan mereka dalam Projek Kilauan Mutiara di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Triang dekat sini selama tiga hari anjuran Kelab InSmartive UMP baru-baru ini.

Subscribe to Community