Skip to main content

Muhammad Sofwan raih Anugerah Canselor UMPSA

GAMBANG, 26 Oktober 2024 - Muhammad Sofwan Sapiyan, 24, seorang graduan cemerlang dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah membuktikan bahawa ekosistem kekeluargaan yang kukuh adalah kunci kepada kejayaan akademiknya. 

Sofwan telah dinobatkan  sebagai penerima Anugerah Canselor dalam Majlis Konvokesyen UMPSA Ke-19 dan beliau telah membuktikan kecemerlangannya dalam bidang akademiknya dengan  memperoleh Anugerah Dekan selama tujuh semester berturut-turut dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.82. 

Lee Jen Sen hasilkan projek Pembangunan Sistem Pengesanan Kelajuan Berlebihan raih Anugerah Emas UMPSA

GAMBANG, 25 Oktober 2024 – Kerja keras dan berusaha bersungguh-sungguh, itulah petua yang diamalkan oleh Lee Jen Sen, 21, untuk meraih kejayaan di dalam pengajiannya. 

Buktinya, beliau sering meraih Anugerah Dekan setiap semester yang melayakkan beliau menjadi penerima Anugerah Emas Universiti pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-19. 

Pro-Canselor UMPSA, KDPM Tengku Mahkota Pahang titah graduan jaga tingkah laku dan integriti

GAMBANG, 26 Oktober 2024 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Pro-Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bertitah agar graduan menjaga tingkah laku dan integriti.

“Saya juga tidak mahu graduan UMPSA terlibat dengan aktiviti yang salah di sisi undang-undang,” titahnya.

Elisha’s dream for fast track PhD fuels her to strive for the Dean’s List Award every semester

GAMBANG, 21 October 2023 - The dream to continue her study to the Doctor of Philosophy (PhD) level through the fast-track route was finally achieved when she met the criteria set by Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

For Elisha Claret d/o Wilson Dass, 23, this is a sweet victory after all her laborious efforts to get the Dean’s List Award every semester since she enrolled in UMPSA in 2019.

Subscribe to Convocation