Skip to main content

Cuaca, Satelit dan Masa Depan Pemantauan Bencana Mengapa banjir, banjir kilat dan tanah runtuh memerlukan pendekatan bersepadu berasaskan AI

Cuaca tidak lagi boleh dianggap sebagai perkara sampingan kerana ia kini menjadi punca utama kepada banyak kejadian bencana. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, perubahan corak cuaca telah memberi kesan besar di Malaysia dan rantau sekitarnya. Corak hujan semakin tidak menentu, dengan kejadian hujan lebat jangka pendek yang semakin kerap mencetuskan bencana seperti banjir, banjir kilat dan tanah runtuh.

Enhancing Interpersonal Skills Through Emotional Intelligence

The Centre for Modern Languages, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) hosted its first Guest Speaker Series (GSS) for the ULE3772 Interpersonal Effectiveness course, providing students with an opportunity to engage with industry experts and develop essential personal and professional skills. The GSS aims to enrich learning beyond the classroom by addressing competencies critical for success in contemporary academic and professional contexts.

Koyak atau Sedar? Evolusi Ketahanan Emosi dalam Generasi Z

Generasi Z, yang merangkumi individu yang lahir sejak pertengahan 1990-an hingga awal 2010-an, merupakan kelompok demografi yang unik dan sering disalahertikan. Mereka adalah generasi pertama yang benar-benar ‘digital native’, di mana setiap aspek kehidupan mereka iaitu dari pendidikan, sosialisasi, hingga kesedaran politik, terjalin rapat dengan jaringan internet dan platform media sosial. Keadaan persekitaran yang serba baharu ini telah mencetuskan perdebatan sengit mengenai ketahanan emosi mereka.

Teknologi Membentuk Semula Gaya Hidup Masyarakat Malaysia

Perkembangan teknologi masa kini tidak lagi terhad kepada perubahan pada alat atau peranti semata-mata, sebaliknya telah membentuk semula cara hidup masyarakat Malaysia secara menyeluruh. Daripada urusan harian seperti membeli sarapan sehinggalah kepada proses pembelajaran dan cara bekerja, teknologi kini menjadi sebahagian daripada ekosistem kehidupan moden. Perubahan ini berlaku secara pantas dan merentas semua lapisan masyarakat sama ada di bandar mahupun di luar bandar.

Next Gen Melayu: Islam, Identiti dan Masa Depan Negara Kita

Generasi muda Melayu kini hidup dalam dunia yang bergerak sepantas bayang sendiri. Apa yang dianggap mustahil semalam menjadi kenyataan hari ini. Dalam hiruk-pikuk media sosial, dalam gelombang teknologi yang tidak pernah tidur, dalam ledakan budaya global yang menyelinap masuk seperti angin malam, anak muda Melayu sedang belajar memahami siapa mereka dalam dunia yang begitu terbuka. Mereka tidak lagi hanya mewarisi sejarah namun mereka sedang menulis sejarah sendiri. Perjalanan ini bukan sekadar pencarian identiti, tetapi pencarian makna, prinsip, dan arah.

Strok: Apabila Fikiran Terdiam dan Hidup Berubah Kisah Benar dan Pengajaran Kesihatan

Tanggal 27 April 2024 bermula seperti hari-hari biasa yang lain. Tiada firasat, tiada petanda, tiada rasa sakit yang mencurigakan. Saya melangkah tenang ke Masjid Imam Ash-Shafie, KotaSAS, membawa tubuh yang sihat dan fikiran yang terasa utuh, untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah. Di dalam rumah Allah itu, suasana hening dan damai menyelubungi jiwa. Segalanya kelihatan normal, sehinggalah detik itu hadir tanpa dijemput.

Subscribe to Experts