Ekologi moden tidak lagi terhad kepada hutan, sungai, dan padang rumput akan tetapi ia merentasi lapisan awan digital yang kini menjadi nadi kehidupan sosial, ekonomi, dan budaya. Dalam era transformasi digital, ancaman dan peluang bagi kelestarian berpadu telah menjadi persoalan utama bukan sekadar bagaimana kita menjaga alam fizikal, tetapi bagaimana kita menstrukturkan dunia maya supaya menyokong, bukan memusnahkan, keseimbangan ekosistem. Di sinilah muncul satu konsep yang bersifat sinergi dan identiti iaitu Ekologi Pintar Nusantara.
Perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI) kini muncul sebagai antara pemacu utama transformasi digital negara. Dalam sektor awam dan swasta, teknologi ini semakin meluas digunakan bagi meningkatkan kecekapan operasi, mempercepatkan pemprosesan maklumat serta menyokong proses membuat keputusan. Daripada sistem sokongan pelanggan hinggalah kepada analisis dasar dan perancangan strategik, AI semakin menjadi komponen penting dalam landskap pentadbiran moden.
Patawali atau nama saintifiknya Tinospora crispa merupakan antara herba tradisional yang paling kerap disebut dalam rawatan penyakit kronik, khususnya kencing manis. Dalam amalan perubatan Melayu, rebusan batang patawali diminum untuk “menyejukkan badan” dan mengawal paras gula, sementara masyarakat lain di Asia turut menggunakannya sebagai tonik, ubat demam, perangsang tenaga dan merawat tekanan darah tinggi. Namun persoalan penting masih timbul: adakah keberkesanannya benar terbukti atau hanya bergantung kepada kepercayaan turun-temurun?
The recent Friday sermon delivered in mosques across Pahang focused on the increasing dangers of smoking and vaping, particularly among teenagers and young adults. The khatib described smoking and vaping not as casual habits but as harmful behaviours that weaken physical health, impair mental clarity, and affect spiritual wellbeing.
Sebelum melangkah kaki ke dalam dunia pendidikan, sering kali timbul rasa aneh apabila mendengar keluhan orang ramai tentang betapa sukarnya menyantuni Generasi Z. Istilah-istilah seperti fragile, ‘hati tisu’, ‘Generasi Strawberi’, atau golongan yang mudah mengalami kemurungan dan keresahan sering dikaitkan dengan mereka. Seolah-olah generasi baharu ini serba kekurangan jika dibandingkan dengan ketahanan mental generasi terdahulu.