Transformasi Kolar Baharu TVET
Perkembangan ekonomi dunia dan tranformasi perindustrian sedang bergerak menuju era Megatrend dan Industri 4.0. Suka atau tidak, fenomena yang terjadi di berbagai peringkat telah menimbulkan cabaran dan peluang bagi perkembangan dunia perniagaan. Barangan, perkhidmatan, modal dan tenaga kerja kini bergerak ke seluruh dunia pada kadar yang lebih pantas dan bukan seperti pola biasa. Inovasi teknologi membentuk semula perdagangan dan industri meliputi semua sektor. Sejauh mana perkembangan dan tranformasi ini akan memberi kesan positif?