Minat mendalam bidang Automotif dorong Anas Syazwi raih Verein Deutscher Ingenieure Award (Association of German Engineers)
GAMBANG, 21 Oktober 2023 - “Sejak kecil, saya amat meminati jentera kenderaan berat namun, minat itu beralih kepada kereta ketika berusia 14 tahun.
“Saya begitu teruja dengan reka bentuk luaran dan dalaman serta komponen prestasi kenderaan.
“Atas sebab itu juga, saya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur (SMTKL) selepas Peperiksaan Menengah Rendah (PMR),” kata Muhammad Anas Syazwi, 24.