Skip to main content

Persembahan seni dan budaya warnai Asian University Table Tennis Championship 2026 di UMPSA

PAYA BESAR, 6 September 2026 – Penganjuran Asian University Table Tennis Championship 2026 di Kompleks Sukan Universiti, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Kampus Paya Besar mencerminkan peranan UMPSA dalam menyediakan kemudahan dan platform bagi penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa.

Majlis pembukaan kejohanan telah berlangsung dengan rasmi dan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia, Yang Berhormat Dato' Indera Mohd Shahar Abdullah. 

Program Sangkutan Staf UMPSA Perkukuh Kompetensi dalam Analitik Data di Jabatan Perangkaan Malaysia

Program Sangkutan Staf merupakan salah satu inisiatif pembangunan bakat Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dalam memperkukuh kompetensi, pengetahuan dan kemahiran staf melalui pendedahan secara langsung kepada persekitaran kerja profesional di agensi kerajaan dan industri. Program ini adalah sebahagian daripada usaha strategik universiti menerusi Lonjakan 3 (Bakat): Mobiliti Staf di bawah Amanat Naib Canselor UMPSA 2026 serta menyokong objektif Attracting and Nurturing Global Talent (Staff) dalam Pelan Strategik UMPSA 2026–2030.

SISTEC 2026 perkukuh jaringan sains, teknologi dan inovasi

BANGI, 11 September 2026 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh jaringan strategik dalam bidang sains, teknologi dan inovasi menerusi penganjuran 6th Symposium on Industrial Science and Technology 2026 (SISTEC 2026) yang menghimpunkan pakar akademik, penyelidik, industri dan agensi kerajaan.

NC UMPSA Hadiri Sambutan Ulang Tahun Ke-130 BJTU, Perkukuh Kerjasama Strategik dengan Universiti Terkemuka China

XIONG’AN, CHINA. 10 September 2026 - Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Şultan Abdullah (UMPSA), Profesor Ts. Dr. Yatimah Alias menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-130 Beijing Jiaotong University (BJTU) yang berlangsung di Pusat Sukan Xiong’an, China bertemakan ‘130th Anniversary Innovation and Development Conference’. 

Jemputan ke majlis bersejarah ini mencerminkan hubungan erat serta komitmen berterusan antara UMPSA dan BJTU yang telah terjalin sejak 2021. 

Saidatus Sobirah dinobatkan Kadet Terbaik Latihan Luar PASKAM

PEKAN, 5 September 2026 – Ketahanan fizikal dan mental, disiplin diri serta kesungguhan memberikan komitmen dalam setiap latihan menjadi antara kekuatan yang membawa mahasiswa Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Saidatus Sobirah Azizul Rahman, 21, dinobatkan sebagai Kadet Terbaik Latihan Luar pada Majlis Tamat Latihan dan Pemakaian Pangkat Leftenan Muda PASKAM Peringkat Universiti Awam Kali Pertama Tahun 2026.

Mohamad Hafizi dinobatkan Penerima Anugerah Perdana PASKAM

PEKAN, 5 September 2026 – Disiplin, ketahanan mental dan keberanian mencabar kemampuan diri menjadi antara nilai yang membawa mahasiswa Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Mohamad Hafizi Mohamad Faizal, 22, dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Perdana PASKAM pada Majlis Tamat Latihan dan Pemakaian Pangkat Leftenan Muda PASKAM Peringkat Universiti Awam Kali Pertama Tahun 2026.