Skip to main content

Dunia Matematik di Atmosfera Semantik Bahasa Arab

Dalam dunia ilmu yang semakin melaju bersama degupan teknologi dan kecerdasan buatan, bahasa Arab tetap berdiri sebagai bahasa yang sarat dengan kehalusan struktur, keindahan akar, dan kelestarian makna. Al-Jabar pula hadir sebagai bahasa Matematik yang merentas batas logik untuk memetakan hubungan, pola, serta keseimbangan yang teratur.

Pengaruh Bahasa Arab dalam Toponimi Negeri Malaysia: Mitos atau Realiti?

Selama ini, apabila masyarakat berbicara tentang pengaruh bahasa Arab dalam bahasa Melayu, tumpuannya biasanya hanya pada nama individu seperti Muhammad, Ahmad, Siti, Khadijah, Yusuf, Malik, dan berbagai nama lain yang dikaitkan dengan warisan Islam. Hal ini menyebabkan timbulnya anggapan umum bahawa pengaruh Arab hanya wujud dalam ruang identiti peribadi, bukan dalam struktur geografi atau nama tempat. Namun, beberapa dekad kebelakangan ini, minat terhadap kajian etimologi dan sejarah bahasa mula mencetuskan persoalan baharu.

Di Ambang Sunyi, Maruah Menuntut Pembelaan

Di sudut-sudut sunyi kampus, di antara lorong-lorong yang sepi dan bilik-bilik kuliah yang dingin, ada bisikan-bisikan yang jarang didengar. Mereka bukan sekadar bisikan kosong namun, ia adalah jeritan yang tersembunyi, tanda maruah yang dicabar dan hati yang terluka. Gangguan seksual, sebuah isu yang sering dilupakan di sebalik hiruk-pikuk akademik, terus meresap dalam diam. Ia bukan sekadar sentuhan atau kata-kata yang menyakitkan, tetapi juga adalah penafian hak asas manusia untuk merasa selamat, dihormati, dan terpelihara maruahnya.

Bahasa Arab di Sebalik Kod Rahsia Revolusi AI

Pengalaman ini membawa saya kepada sebuah perjalanan peribadi untuk memahami peranan kritikal bahasa Arab dalam gelombang Revolusi Kecerdasan Buatan (AI) hari ini, suatu peranan yang pada mulanya saya pandang remeh. 

Gejala FOMO dan Implikasinya terhadap Masyarakat Moden

Fenomena moden yang semakin ketara dalam budaya digital hari ini ialah FOMO atau Fear of Missing Out. Istilah ini merujuk kepada perasaan takut tertinggal sesuatu perkara yang dianggap penting, menyeronokkan atau sedang menjadi trend. Ia muncul apabila seseorang melihat kehidupan orang lain kelihatan lebih menarik, lebih berjaya atau lebih bahagia dalam media sosial. FOMO kini menjadi cabaran psikologi dalam masyarakat digital kerana ia mempengaruhi perasaan, tingkah laku dan keputusan harian.

Subscribe to Experts