Skip to main content

Bedah Sains dan Syariah di Sebalik Otot Impian Lelaki

Imej seorang lelaki yang sihat, kuat, dan berotot sering kali dikaitkan dengan kejayaan dan daya tarikan yang menjadi fenomena popular dengan istilah ringkas ‘sasa’. Dalam era di mana estetika fizikal sering dimahkotakan sebagai penanda aras kejayaan, pusat-pusat gimnasium sentiasa dipenuhi, manakala pasaran suplemen protein pula melonjak. Pembentukan badan yang ideal bukan lagi sekadar hobi, tetapi telah menjadi gaya hidup yang serius. Namun, adakah obsesi terhadap pembentukan badan ini selari dengan tujuan hidup seorang Muslim?

Semut, Oh Semut

Ada satu makhluk kecil yang kadang-kadang lebih berani daripada manusia, lebih tersusun daripada mana-mana pasukan komando, dan lebih tabah daripada kebanyakan kita, itulah semut. Bila mereka menyerang dapur, mereka datang bukan seekor, tetapi sekampung, siap bawa sepupu-sepapat dari negeri jiran. Rumah yang baharu disapu setengah jam pun boleh kelihatan seperti laluan lebuh raya mini. Dalam hati, kita pun mengeluh: “Ya Allah… takkan aku pula yang kena pindah rumah sebab semut?”

Kenapa Mesej Sedikit-sedikit Menyusahkan Penerima?

Dalam dunia komunikasi digital hari ini, aplikasi seperti WhatsApp dan Telegram menjadi medium utama interaksi harian. Namun, tabiat menghantar mesej sedikit-sedikit atau mesej ‘berpecah-pecah’, semakin biasa dilihat. Walaupun kelihatan remeh, tabiat ini sebenarnya menimbulkan kesulitan kepada penerima dan menjejaskan keberkesanan komunikasi.

Kemas Itu Sunnah, Bergaya Itu Maruah

Dalam masyarakat hari ini, lelaki tidak lagi terpisah daripada dunia penampilan dan kecantikan. Jika dahulu, aspek penampilan sering dikaitkan dengan wanita, kini lelaki turut memberi perhatian terhadap cara berpakaian, gaya rambut, penjagaan diri dan imej keseluruhan. Daripada golongan profesional yang bekerja dalam suasana korporat, hinggalah mahasiswa universiti seperti pelajar-pelajar UMPSA, penampilan semakin menjadi keperluan asas untuk membina keyakinan, kehormatan dan kredibiliti. Namun, bagi lelaki Muslim, penampilan bukan sekadar soal luarannya sahaja.

Bagaimanakah teknologi digital mempercepat bantuan kecemasan dalam situasi banjir dan krisis?

Malaysia semakin terdedah kepada bencana seperti banjir besar, ribut dan tanah runtuh. Dalam keadaan yang memerlukan tindakan pantas, teknologi digital menjadi alat penting untuk memendekkan masa tindak balas dan meningkatkan keberkesanan operasi menyelamat. Dengan kemunculan aplikasi seperti KitaMATCH, MySejahtera Public Health Alert, Google Crisis Response, Waze Alerts dan sistem agensi kerajaan seperti Public InfoBanjir serta myCuaca, penyampaian bantuan kini lebih teratur dan tangkas.

Kaya dan miskin: Makna lebih luas dalam pandangan Za’ba, Islam, Rumi dan Falsafah

Dalam suasana masyarakat yang sering mengagungkan wang ringgit, kejayaan hidup lazimnya dinilai melalui kemewahan kebendaan seperti jumlah kereta, nilai rumah atau ketebalan akaun bank. Walau bagaimanapun, pemikir Melayu, ulama Islam, tokoh sufi serta ahli falsafah dunia sejak sekian lama melihat makna kekayaan dan kemiskinan dengan pandangan yang jauh lebih luas. Menurut mereka, kekayaan sebenar terletak pada mutu jiwa, kekuatan akal, keluasan ilmu dan kecantikan budi.

Subscribe to Experts