Skip to main content

Role of University Community in Managing Scheduled Waste

Malaysia was shocked by an incident involving illegal scheduled waste disposal at Sungai Kim Kim, which has caused environmental and health implications for the communities in Pasir Gudang. In March 2019, the incident caused a major uproar in Malaysia as it impacted a huge number of victims, especially school children. Not long after the incident, 15 drums of sodium cyanide was found to be illegally dumped in an oil palm plantation in Karak. Globally, incidents like these have occurred in Minamata, Japan and Love Canal, United States of America. 

Bantuan Pascabanjir Lebih Penting

Bencana banjir merupakan antara bencana yang semakin dominan di Malaysia. Apabila berlakunya banjir, banyak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tempatan memainkan peranan dalam mengumpul dana bagi tujuan membantu mangsa banjir. Ia sememangnya usaha murni yang perlu dilakukan secara berterusan apabila bencana seperti ini melanda negara tanpa memerlukan kawalan. 

Banjir pembuka tirai tahun baharu 2021 – Kesan dan Kawalan Pencegahan

Ucapan tahniah dan azam tahun baharu 2021 hanya berlegar di media massa dan media sosial sekitar satu atau dua hari sahaja diikuti dengan tragedi banjir yang sudah menjadi acara tahunan terutama di negeri-negeri Pantai Timur. Namun, situasi berbeza pada tahun ini kerana ramai yang terjejas akibat banjir yang dilihat lebih teruk dan kita berada di dalam pandemik COVID-19. 

Takwa dalam Pemakanan Syubhat

Pengurusan halal di negara kita diiktiraf antara yang terbaik di dunia. Walakin itu, dengan pendedahan kartel daging haram yang mengimport daging yang diragui statusnya, imej pengurusan halal di negara kita sedikit tercalar. Ditambah pula dengan fitnah yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, selain beberapa undang-undang dan penguatkuasaan yang perlu dinilai semula, isu ini terus menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam. 

Minda lestari dalam pengurusan alam sekitar berteraskan maqasid syariah

Isu-isu berkaitan pencemaran alam sekitar terus diperkatakan dari semasa ke semasa. Terbaharu ialah perbuatan melepas dan melupus bahan buangan mengandungi bahan berbahaya ke Sungai Gong yang menyebabkan gangguan bekalan air kepada kira-kira lima juta pengguna di sekitar Lembah Klang. Sebelum ini, terdapat pelbagai kes pencemaran sungai yang memberi kesan secara langsung kepada kualiti kehidupan masyarakat seperti pencemaran sungai Kim-Kim pada awal 2019, pencemaran sungai Selangor pada pertengahan 2019 dan lain-lain lagi.

Subscribe to Experts