Skip to main content

Impak Sinergi Universiti–Industri

Asas kepada penubuhan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) adalah sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang memfokuskan kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan antara pendekatan baharu termasuklah usaha sama strategik di antara pihak universiti dengan industri bagi memastikan graduan universiti dilatih berdasarkan keperluan semasa industri.

Integrasi reka bentuk awalan bangunan tahan bencana gempa bumi

Gempa bumi merupakan bencana alam yang tidak terduga dan dapat menyebabkan kerosakan besar pada bangunan, terutamanya yang tidak memenuhi standard anti gempa bumi. Gempa bumi adalah suatu kejadian gegaran permukaan yang disebabkan oleh pelepasan tenaga dengan cepat yang terjadi di dalam lapisan bumi yang disebabkan oleh aktiviti volkanik, pergeseran lapisan batuan.

Menawan Awan, Menjulang Jalur Gemilang: Wira UMPSA takluk Kinabalu

Kemerdekaan Malaysia bukanlah satu perjuangan yang mudah, tetapi hasil usaha tanpa lelah, pengorbanan, dan kerjasama seluruh rakyat. Semangat inilah yang dibawa oleh pasukan pendaki  Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dalam misi mengibarkan bendera universiti di Gunung Kinabalu pada 21 dan 22 Ogos 2025. Dipimpin oleh Dekan Fakulti Pengurusan Industri (FPI), Dr. Mohd Hanafiah, Dekan Pusat Sains Matematik (PSM), Profesor Madya Dr.

Pulau Tioman permata tropika tercantik di mata dunia

Pulau Tioman yang terletak di pesisir timur Semenanjung Malaysia, terus memukau pengunjung dengan keindahan semula jadinya yang masih terpelihara. Dalam era pelancongan moden yang semakin rancak, Pulau Tioman kekal sebagai destinasi yang menawarkan ketenangan, keaslian dan pesona tropika yang sukar ditandingi yang satu Ketika dulu merupakan salah satu pulau tercantik di dunia.

Keindahan Alam Semula Jadi yang Tiada Tandingan

Merdeka Bukan Sekadar Sambutan, Tapi Penghayatan Sejarah

Takrifan yang mudah tentang kemerdekaan adalah kebebasan daripada penjajahan, kurungan atau penaungan. Secara amnya, biasanya kemerdekaan difahami sebagai kebebasan sesebuah negara daripada penjajahan asing. Ia juga merujuk kepada negara yang berdaulat, yang mempunyai kuasa dan bebas menentukan pemerintahan serta hala tuju negara sendiri. Secara tuntas, kemerdekaan adalah kebebasan dari sebarang bentuk penindasan atau kawalan pihak luar ke atas sesuatu negara dari semua aspek seperti pemerintahan, ekonomi, politik dan juga sosial. 

Subscribe to Experts