Skip to main content

Kecerdasan Emosi di Laman Media Sosial: Memelihara Bahasa Ketika Krisis

Media sosial merupakan platform popular dalam kalangan pengguna media sosial untuk berhubung, mendapatkan berita terkini, dan memberikan pandangan. Ia biasanya diakses melalui telefon pintar mahupun dari komputer pada bila-bila masa. Perkongsian di laman media adalah berkisar tentang kehidupan harian, berita semasa termasuklah sukan dan hiburan. Namun, ketika krisis melanda seperti pandemik, bencana alam atau tragedi kemanusiaan, perkongsian dari laman media sosial ini menjadi lebih rancak dan sering dibanjiri dengan hantaran yang beremosi. 

Reformasi MADANI tuntut pentadbir berani, berilmu dan berintegriti

Pengumuman Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Anwar Ibrahim pada 23 Julai 2025 yang lalu, yang memperincikan inisiatif segera seperti bantuan tunai SARA RM100, penurunan harga RON95, dan pengekalan kadar tol, bukan sekadar langkah jangka pendek untuk meringankan beban rakyat. Ia juga merupakan isyarat jelas bahawa kerajaan sedang memperhebatkan usaha reformasi menyeluruh berdasarkan Pelan Induk Ekonomi dan Pembangunan Malaysia, RMK-13, yang menekankan pembangunan inovatif, tadbir urus baik, dan keberanian dalam melaksanakan perubahan besar.

Evolusi sukan tradisi Jepun ke pentas robotik global

Sukan sumo, yang berakar umbi dalam budaya Jepun, kini telah berevolusi ke dunia moden melalui pertandingan robotik yang semakin mendapat tempat pada peringkat antarabangsa. Pertandingan seperti All Japan Robot-Sumo Tournament menjadi pentas utama bagi pencipta dan jurutera dari seluruh dunia untuk menguji kehebatan ciptaan mereka. Berbeza dengan versi tradisional yang melibatkan ahli gusti sumo manusia, pertandingan ini menampilkan robot bersaiz kecil yang menggunakan teknologi terkini untuk menolak lawan keluar dari gelanggang atau dohyo.

Kepimpinan dan Nilai MADANI sebagai Tonggak Kemajuan

Konsep Malaysia MADANI yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam konteks negara kita pascapandemik dan pascakrisis politik yang baharu, merangkumi pelbagai aspek yang lebih bernilai, beretika dan berorientasikan kesejahteraan manusia. Ia bukan sekadar platform dasar tetapi merupakan falsafah kepimpinan yang meletakkan nilai-nilai mulia bagi memacu pentadbiran negara.

Menelusuri Potensi dan Masa Hadapan Penternakan Itik Penelur di Malaysia

Penternakan itik penelur merupakan salah satu industri ternakan yang semakin berkembang di Malaysia. Walaupun kurang popular ketimbang industri penternakan ayam, penternakan itik penelur ini mempunyai potensi besar dalam menyumbang kepada bekalan telur negara dan membuka peluang ekonomi baharu bagi para penternak. Telur itik bukan sahaja digunakan untuk keperluan domestik, malah menjadi bahan utama dalam industri makanan seperti pembuatan telur masin, telur pindang, kuih bahulu, kuih bulan, kerepek dan kek. 

Subscribe to Experts