Global Classroom UMPSA: Merentas sempadan bersama penceramah jemputan dari Amerika Syarikat
Usaha memperluas perspektif global menjadi fokus utama di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerusi sesi Global Classroom yang berlangsung pada 23 April 2025 yang lalu. Sesi maya yang bermanfaat ini telah dianjurkan oleh Pusat Sumber Pengajaran dan e-Pembelajaran (CIReL) dengan kerjasama Pusat Bahasa Moden (PBM) itu melibatkan seramai 55 orang pelajar pada peringkat diploma dan ijazah yang sedang mengikuti kursus English for Academic Communication pada semester ini.