UMPSA memperluas horizon pengantarabangsaan melalui sangkutan kerja di Manchester Metropolitan University, United Kingdom
Usaha Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) untuk memperkukuh kedudukan sebagai universiti teknikal bertaraf global melangkah setapak ke hadapan apabila sekumpulan warga akademik dan profesional pentadbiran universiti menjalani Program Sangkutan Kerja bagi Peningkatan Kompetensi selama lima hari bermula 27 hingga 31 Oktober 2025 di Manchester Metropolitan University (MMU), United Kingdom.