Skip to main content

Bakal Jurutera Hebat di Pentas Teater

Pekan, 21 Disember- Tidak semua orang dilahirkan berbakat atau dikurniakan bakat. Malahan, jika tidak digilap atau dicungkil, memang kita tidak akan tahu kemampuan diri sendiri. 

Begitu juga buat Nurul Atiqah Mohd Aidi, atau dikenali sebagai Ika, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik, Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang dahulunya seorang pemalu dan kurang menonjol kini tampil berani dan yakin di khayalak ramai.

Rushdi Gaafar Mahasiswa Antarabangsa Mahir Berbahasa Melayu

Kuala Terengganu, 20 Disember - Mahasiswa  Universiti Malaysia Pahang (UMP) dari Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli, Rushdi Gaafar Ahmed Baragaa yang mahir berbahasa Melayu terpilih mewakili universiti dalam Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) yang berlangsung baru-baru ini bertempat di Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu.

Lebih membanggakan, percubaan buat kali pertama mahasiswa yang berasal dari Yaman ini telah memperoleh kedudukan ke-9 terbaik keseluruhan berbanding 27 orang peserta yang mengambil bahagian. 

Kelestarian Kampus Antara Agenda Kegemilangan UMP

Agenda penghijauan kampus antara yang sering menjadi keutamaan bagi Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam setiap perancangan belajawan tahunan. Kampus utama UMP yang terletak di Mukim Kuala Pahang dibangunkan di atas tanah paya yang ditambak dengan tanah pasir merupakan antara cabaran utama kepada survival pokok-pokok yang ditanam. Struktur tanah pasir  yang tidak menyimpan kelembapan dan air sekali lagi antara cabaran yang perlu didepani oleh UMP apabila tibanya musim tengkujuh. 

Subscribe to General