Skip to main content

Hari keluarga UMP Satukan Warga Rapatkan Hubungan

Kuantan, 27 April- Penganjuran Hari Keluarga UMP 1 Family bertemakan kebahagiaan, kasih sayang dan saling hormati- menghomati disambut dengan meriah dengan lebih 1000 orang termasuk staf bersama keluarga masing-masing dalam acara yang berlangsung di padang Kompleks Sukan UMP Gambang. 

Acara bemula dengan pendaftaran peserta mengikut kumpulan rumah merah, kuning, biru, hijau dan putih dan diikuti dengan program senamrobik beramai-ramai.

UMP santuni media dalam boling persahabatan

Kuantan, 2 Mei- Universiti Malaysia Pahang (UMP) terus menyantuni pihak media menerusi penganjuran Program Boling Persahabatan UMP-Media  2019 yang berlangsung di pusat beli-belah Megamall Kuantan di sini hari ini yang menyaksikan lebih 100 peserta terdiri daripada pengamal media dan pengurusan universiti bersama agensi luar mengambil bahagian dalam acara Boling yang masuk ke-7 tahun penganjuran.

Agrobank Sumbang Inisiatif Wang Saku Buat Mahasiswa UMP terpilih

Pekan, 29 April- Seramai 35 mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima sumbangan termasuk Inisiatif Wang Saku yang diperkenalkan MyGift UMP bernilai RM 17,500 hasil sumbangan zakat pihak Agrobank dalam usaha meringankan beban masyarakat yang memerlukan terutama di kalangan mahasiswa UMP yang memerlukan. Lebih bertuah mereka turut menerima sumbangan takaful bernilai RM 385,000 sebagai manfaaat Pelan Perlindungan Kemalangan Diri & Khairat Kematian yang diserahkan khusus  buat mahasiswa daripada keluarga B40.

Subscribe to General