Skip to main content

Bila Lagi Nak Jumpa? Raya Menemukan Kita, Masa Memisahkan Kita

Hari raya bukan sekadar perayaan, tetapi musim pertemuan iaitu pertemuan manusia yang sepanjang tahun dipisahkan oleh kehidupan. Setelah seminggu umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, suasana ziarah menziarahi sanak saudara, rakan taulan dan jiran tetangga masih lagi diteruskan. Ada yang masih memenuhi jemputan rumah terbuka, ada yang masih merancang perjalanan menziarahi saudara yang jauh, dan ada juga yang mengambil kesempatan untuk bertemu rakan-rakan lama yang hanya dapat berjumpa setahun sekali.

Menyantuni tetamu kediaman sihat sempena Aidilfitri

Keriangan bulan Syawal sangat sinonim dengan kedatangan Aidilfitri. Persiapan kediaman di bulan Syawal merupakan satu kemestian setiap pemilik kediaman bagi menerima kehadiran tetamu yang berkunjung. Kedatangan tetamu akan mengundang kemeriahan suasana kediaman yang sihat dan selesa. 

Lebih daripada sekadar panas: El-Nino sebagai ujian kepada sistem dan pengurusan risiko kejuruteraan

Fenomena El-Nino yang dijangka melanda dalam masa terdekat sering dilihat sebagai isu cuaca semata-mata dengan peningkatan suhu menyebabkan keadaan menjadi lebih kering dan hujan semakin berkurangan. 

Namun, dari perspektif yang lebih luas, situasi ini sebenarnya mencerminkan sesuatu yang lebih penting iaitu bagaimana perubahan iklim memberi tekanan kepada sistem yang kita bina dan bergantung setiap hari. 

Dapur Lebaran: Membina Ikatan Emosi Keluarga

“Shaima, mana mentega yang papa beli pagi tadi? Cuba cari dalam beg plastik. Jangan tertinggal pula.”
“Jumpa, papa! Yang ini kan?” Shaima mengangkat mentega dengan wajah berseri.
“Ha, itulah. Pandai anak papa. Jom, kita mula sama-sama.”

PERUTUSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (UMPSA) BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1447H/2026M

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, KITA masih diberi kesempatan untuk berada dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Bersempena Ramadan kali ini, pelbagai inisiatif telah digerakkan bagi menyemarakkan semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan warga universiti dan masyarakat.

Aktif di Bulan Puasa: Rahsia Tubuh Cergas, Jiwa Tenang

Senaman Waktu Sahara merupakan manifestasi falsafah kecergasan yang melangkaui sekadar pergerakan fizikal kerana ia menyentuh keseimbangan antara metabolisme manusia dan tuntutan spiritual. Masyarakat sering terperangkap dalam mitos bahawa aktiviti fizikal ketika berpuasa memudaratkan, sedangkan tubuh manusia mempunyai mekanisme adaptasi yang luar biasa. Secara fisiologi, tubuh mampu beralih daripada penggunaan glukosa kepada pembakaran lemak apabila bekalan tenaga berkurang. Hal ini selari dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 184: