Aktiviti kesukarelawanan dekat di hati Muhammad Alif
Kuantan, 25 Jun - Semangat kesukarelawanan perlu dipupuk pada peringkat awal dalam diri setiap mahasiswa dan inilah antara proses pembelajaran secara tidak formal selain usaha untuk mematangkan diri mahasiswa.
Demikian pandangan Muhammad Alif Mahiddin, 24, yang juga pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia di Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengenai aktiviti kesukarelawanan yang diceburinya.