Skip to main content

UMPSA terpilih sebagai finalis Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Tinggi (AKRI) 2025

GAMBANG, 22 Ogos 2025 - Inovasi pengajaran Kalkulator Celik Kos (KCK) yang dibangunkan oleh Dr. Mohamad Reeduan Mustapha bersama ahli kumpulan, Dr. Norwazli Abdul Wahab dan Dr. Rusnifaezah Musa, pensyarah Fakulti Pengurusan Industri (FPI), Universiti Malaysoa Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah terpilih sebagai Finalis Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Tinggi: Reka Bentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI) 2025.

Jom Exchange Quran (JEQ) memperkukuh usaha perlindungan mushaf al-Quran

GAMBANG, 21 Ogos 2025 - Pusat Pembangunan Kelestarian, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Negeri Pahang menganjurkan Program Jom Exchange Quran (JEQ) bertempat di Perpustakaan UMPSA Kampus Gambang. 

Pengarah SDC, Dr. Suhaidah Hussain berkata, program ini merupakan inisiatif dalam menyokong amalan kelestarian di samping memberikan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesucian mushaf al-Quran serta memastikan pelupusan dilakukan mengikut kaedah yang betul.

Program TRIZ UMPSA memperkasakan guru RBT Pahang ke arah inovasi pendidikan

KUANTAN, 22 Ogos 2025 - Fakulti Pengurusan Industri (FIM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus membuktikan komitmen dalam memperkasa kompetensi guru di negeri Pahang melalui pelaksanaan Program Peningkatan Profesionalisme Guru-guru Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). 

Program yang diadakan di Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP), Kuantan baru-baru ini disokong penuh oleh Geran Inovasi Sosial dan Pemindahan Ilmu Komuniti UMPSA (CDU230102) bernilai RM19,500.

UMPSA tuan rumah Mesyuarat JKTNCRA Ke-81 dan Majlis Penyerahan Dana MIEMF

PEKAN, 18 Ogos 2025 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus mengukuhkan peranannya sebagai institusi pengajian tinggi (IPT) terkemuka apabila diberi penghormatan menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Jawatankuasa Timbalan-timbalan Naib Canselor/Rektor (Akademik dan Antarabangsa) (JKTNCRA) Universiti Awam (UA) Kali Ke-81 (Bil.03/2025) yang berlangsung secara hibrid di Dewan Senat, Canseleri Tun Abdul Razak, UMPSA Pekan.

UMPSA jalin kerjasama dengan Konsortium Padi dan Beras Rakyat (KPBR) hasil beras prebiotik pertama negara

TEMERLOH, 16 Ogos 2025 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) jalin kerjasama dengan Konsortium Padi dan Beras Rakyat (KPBR) dalam pembangunan penyelidikan beras prebiotik pertama negara.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. 

Majlis juga menyaksikan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Ts. Dr. Aida Mustapha menandatangani perjanjian bersama Ketua Pegawai Eksekutif KPBR, Dato Fairuz Haji Hassan.

Subscribe to General