Skip to main content

Karnival Kerjaya UMP tawar 10,000 peluang pekerjaan

Sebanyak 10,000  peluang dalam pelbagai bidang pekerjaan  ditawarkan pada Karnival Kerjaya Universiti Malaysia Pahang (UMP)University To Industry anjuran  Pusat Pembangunan dan Penempatan Kerjaya    (CPDC) yang akan berlangsung selama dua hari pada 21 (Sabtu) dan 22 April (Ahad) ini bertempat di Dewan Astaka UMP Gambang.

Penasihat CPDC, Dato’ Ir. Jeffrey Chooi Beng berkata, karnival itu membolehkan pelajar mencari peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan masing-masing di samping memperoleh maklumat mengenai kriteria yang diperlukan oleh industri.

UMP sasar program pemerkasaan Khidmat Inovasi Sosial

Merealisasikan agenda `Memasyarakatkan Teknologi’ melalui Lonjakan Strategik 5 dalam Pelan Strategik Universiti Malaysia Pahang (UMP) 2016-2020 mensasarkan lebih banyak program pengkomersialan teknologi dan produk akademia UMP bagi memperkasa masyarakat sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan khidmat inovasi komuniti (CSI) universiti ini.

Duta Besar Jerman teruja pembangunan akademik dan penyelidikan UMP

Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Jerman di Malaysia, Nikolaus Von der Wenge Graf Lambsdorff bertempat di UMP Gambang Baru-baru  ini.

Ketibaan delegasi Jerman ini diringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC),  Datuk Seri Jebasingam Issace John yang tiba di UMP pada  jam 10.30 pagi disambut oleh Naib Canselor UMP, Prof. Dato Sri  Ts. Dr. Daing  Nasir Ibrahim.

Tasik UMP Tarikan Beriadah

Tasik Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjadi tarikan bukan sahaja untuk beriadah malahan aktiviti rekreasi dan bersukan.

Terdapat empat buah tasik di sekitar UMP dan salah satunya berhadapan perpustakaan yang berkeluasan 44.26 ekar. Tasik ini juga dilengkapi dengan trek jogging sepanjang 1,614 meter turut dilengkapi dengan laluan basikal sepanjang 1,524 meter.

UMP Team Excellent Take Charge

KUALA LUMPUR - Penganjuran Program UMP Team Excellence  berkonsepkan kerja berpasukan dilihat mampu  meningkatkan kecekapan warga kerja dalam kalangan staf di jabatan. Program pada kali ini yang mensasarkan staf Jabatan Pendaftar ini dianjurkan  Bahagian Sumber Manusia Jabatan Pendaftar di Hotel Impiana KLCC Kuala Lumpur dengan dikendalikan pihak LHI Consulting Sdn Bhd.
 

Pelajar empower Cemerlang SPM

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM),  Adilah A/p Adi pelajar Asli yang merupakan salah seorang peserta Empower ECER-UMP di SMK Lepar berjaya mendapat 6A dalam pengumuman SPM semalam.

Anak kepada pasangan Gayah Wahab,35  dan Adi A/L Man,37 ini amat gembira dan tidak menyangka dengan kejayaan ini memandangkan semasa percubaan dahulu hanya mendapat 4A sahaja. Namun dengan bantuan dan dorongan guru SMK Lepar ini banyak memberi manfaat kepadanya dan rakan-rakan.

Subscribe to General