Kembar Terima Ijazah UMP Serentak
Kuantan, 10 November – Pasangan kembar seiras antara penerima ijazah Sarjana Sains Kejuruteraan Mekanikal pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang ke-13 di sini. Farah Alia Fauzi,27 dan Farah Ayuni Fauzi, 27, merupakan pelajar kembar seiras yang tidak pernah berpisah sejak dilahirkan. Kedua-dua mereka bercita-cita ingin menjadi tenaga pengajar sejak di bangku sekolah mengikuti jejak langkah ayah mereka, Fauzi Ismail, 53 yang berkhidmat sebagai guru.