Skip to main content

Manfaatkan Budi Madani dan Jangan Khianati

Bermula pada 30 September 2025, kerajaan telah menguatkuasakan pelaksanaan subsidi bersasar bagi RON95 dengan setiap rakyat Malaysia layak membelinya pada harga RM1.99 per leter dengan had penggunaan bulanan sebanyak 300 liter.

12 pelajar antarabangsa teruja masuk UMPSA, program Mentor Antarabangsa bimbing pelajar baharu

PEKAN, 14 Oktober 2025 – Program Mentor Pelajar Antarabangsa, iaitu setiap pelajar baharu dipadankan dengan pelajar tempatan atau pelajar antarabangsa berpengalaman sebagai rakan bimbingan mendapat pujian buat pelajar antarabangsa yang mendaftar baru-baru ini.
 
Pelajar antarabangsa, Zakaria Hassan Adow dari Kenya yang mengikuti pengajian di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) menyifatkan inisiatif ini akan membantu pelajar baharu menyesuaikan diri dengan lebih mudah dan cepat di persekitaran universiti. 
 

UMPSA sambut baik Agenda Pemerkasaan PERHEBAT bagi Ekosistem TVET

KUALA LUMPUR, 15 Oktober 2025 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) sebagai rakan strategik Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) menyambut baik pengumuman Pelan Transformasi PERHEBAT 2026 - 2035 yang diluncurkan oleh Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin dalam memperteguh peranan sebagai Pemacu Kelestarian Ekonomi Perwira Negara selaras tanggungjawabnya untuk menjamin kelangsungan kesejahteraan hidup bakal pesara dan veteran tentera.

UMPSA perluas ilmu EKSA menelusuri keindahan kondusif di MUIP

PEKAN, 15 Oktober 2025 – Pusat Bahasa Moden (PBM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sebagai usaha memperkukuh pelaksanaan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di pusat berkenaan.

Persekitaran kondusif membawa maksud suasana kerja yang selesa, tersusun dan menyenangkan, yang mampu meningkatkan produktiviti, semangat kerja serta imej profesional sesebuah organisasi. 

Semangat pejuang: Analisis psikologi peserta misi Sumud Flotilla

Ketika dunia sering dibaluti rasa tidak peduli, muncul sekelompok manusia yang sanggup mengorbankan keselesaan demi satu misi kemanusiaan. Mereka ialah peserta Misi Sumud Flotilla, yang berlayar menembusi lautan demi membawa mesej solidariti dan bantuan kepada saudara di Gaza. Namun, di sebalik liputan media yang menonjolkan aspek fizikal perjuangan mereka, tersimpan satu sisi yang jarang dibicarakan iaitu aspek psikologi dan semangat juang yang menjadi nadi kekuatan mereka. Aspek inilah yang menjadikan mereka terus kekal dalam perjuangan.

Kawalan diri dan nilai kemanusiaan: Panduan dalam penyelesaian masalah sosial

Berita pelajar perempuan diperkosa bergilir-gilir di dalam bilik darjah menyebabkan ramai pihak berasa berang. Sekolah yang dianggap tempat yang selamat kini diancam pula oleh perbuatan kejam pelajar yang hilang kawalan diri dan iman. Ditambah pula pelajar yang tiada nilai kemanusiaan, tanpa rasa belas merakam perbuatan jenayah, yang menjadi sebab trauma melampau kepada mangsa. Pada kesalahan mereka, banyak pihak perlu melakukan retrospeksi bagi menghentikan kesalahan besar ini berulang.

AiGenFest@Festival Idea Pahang serlah potensi Generative AI perkasa produktiviti dan kreativiti

GAMBANG, 12 Oktober 2025 – Program AiGenFest anjuran Pusat Teknologi Industri Termaju (AIT), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bersempena dengan Festival Idea@Pahang 2025  berjaya menarik perhatian warga akademik, pelajar serta penggiat industri apabila mengetengahkan potensi Generative Artificial Intelligence (AI) dalam memperkasa produktiviti, kreativiti dan pendidikan masa depan.