Kesejahteraan sebagai Matlamat Pendidikan dan Kenegaraan
Dalam menghadapi perubahan global yang pesat, Malaysia perlu kembali kepada asas falsafah kebangsaannya. Falsafah bukan sekadar panduan dasar, tetapi rangka nilai yang membentuk hala tuju pembangunan insan dan negara. Dalam konteks ini, tiga falsafah utama; Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Falsafah Rukun Negara (FRN) dan Falsafah Sejahtera (FS) berperanan saling melengkapi.