PEKAN, 13 Januari 2025 – Profesor Dr. Yatimah Alias, 55, dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 13 Januari 2025.
Beliau mengambil alih tugas yang sebelum ini disandang oleh Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin yang telah memegang jawatan tersebut bermula 1 Mac 2022 hingga 31 Oktober 2024.
GAMBANG, 16 Januari 2025 - Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Dr. Yatimah Alias hari ini melancarkan Inisiatif Perkhidmatan Pelajar oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA).
Malah, beliau juga turut mengadakan lawatan rasmi ke Residen Pelajar 1 dan 3 di UMPSA Kampus Gambang dan turut merasmikan beberapa inisiatif perkhidmatan pelajar iaitu Dobi Berpusat, Gimnasium Siswi, UMPSA Express Meal dan Dapur Siswa.
KUANTAN, 2 Januari 2025 - Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang menjadi saksi bagi majlis bersejarah yang mengukuhkan kerjasama strategik antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
Majlis itu mencerminkan komitmen kedua-dua pihak dalam usaha memperkukuh keselamatan, pembangunan modal insan, dan kepimpinan generasi muda.
BEIJING, 8 Januari 2025 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mencatat sejarah baharu apabila kumpulan pertama seramai 45 graduan program kerjasama UMPSA-Beijing Jiaotong University (BJTU) berjaya menamatkan pengajian mereka dalam bidang Kejuruteraan Rel.
Daripada jumlah itu, seramai sepuluh orang pelajar tamat pengajian dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik, 20 orang pelajar (Kejuruteraan Mekanikal) dan 15 pelajar orang (Kejuruteraan Awam).
GAMBANG, 16 Januari 2025 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah mencipta sejarah apabila Program Sarjana Muda Pengurusan Projek dengan Kepujian dari Fakulti Pengurusan Industri (FPI) diiktiraf pada peringkat antarabangsa.
Program itu berjaya memperoleh akreditasi penuh daripada Project Management Institute, Global Accreditation Center (PMI GAC) bagi tempoh lima tahun bermula Mei 2024 hingga April 2029.
BEIJING, 8 Januari 2024 - Mohammed Shawal Ian Fitri, 25, meraih pengalaman belajar yang unik dan berharga apabila bergelar graduan di dua buah universiti setelah berjaya menamatkan pengajian Ijazah Dual dalam bidang Kejuruteraan Rel di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di tahun pertama dan kedua sebelum meneruskan pengajian di Beijing Jiaotong University (BJTU), China tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada tahun ketiga dan keempat.
HONG KONG, 11 Januari 2025 - Kajian pelajar pascasiswazah Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berjaya memenangi anugerah Best Research Abstract dan Best Poster Presentation di persidangan Microbiome Summit 2025.
JERANTUT, 4 Januari 2025 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus mengorak langkah dalam memperkukuh hubungan strategik bersama industri menerusi Memorandum Perjanjian (MoA) di bawah Geran Padanan Industri bernilai RM60,000 dengan penternak ikan patin di Jerantut.
Inisiatif ini bertujuan menangani cabaran kadar kematian ikan patin yang tinggi iaitu dianggarkan sekitar 50 hingga 70 peratus setahun.
PEKAN, 5 Januari 2025 – Kelab Teater Senandika dengan kerjasama Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (BKKW), Pusat Sukan dan Kebudayaan (PSK) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan pementasan teater ‘Assalamualaikum YB!’ bertempat di Dewan Peperiksaan Elektrik, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), UMPSA Pekan baru-baru ini.
Tatakelola yang baik bukan hanya kondusif dalam memastikan pertumbuhan ekonomi dan negara berpendapatan tinggi, malah ia adalah satu instrumen yang sangat penting ke arah negara bebas dari ketidakadilan dan kesenjangan sosial. Ketidaksamaan dan ketidakadilan dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 16 ini mampu ditaklif oleh negara Malaysia dengan memberi perhatian khusus melalui promosi hak dan potensi rakyat serta reduksi faktor-faktor politik dan sosial seperti diskriminasi, penindasan dan rasuah.
Fungsi dan signifikan institusi pengajian tinggi (IPT) sehingga kini berterusan dicabar. Adakah masih relevan menterjemahkan segala aspirasi negara dalam bentuk pembangunan modal insan, penghasilan teknologi terunggul mahupun pembudayaan nilai-nilai sahsiah terpuji. Belum cukup dengan beban amanah ini, masyarakat kini juga menuntut adakah menara gading mampu menzahirkan kesemua Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals) atau SDG.
Tahun baharu merupakan detik kita membuka lembaran baharu dalam hidup dan maju ke hadapan setapak lagi. Setiap tahun, ia hadir disulami dengan harapan dan azam. Tahun 2025 juga tidak terkecuali. Pelbagai azam yang kita sediakan untuk dicapai bagi mengisi 365 hari. Tetapi tidak semua berjaya dicapai dan hanya tertulis di dalam buku, diari ataupun sekadar perkongsian di media sosial.
Dalam dunia pendidikan yang semakin berkembang, teknologi memainkan peranan yang tidak boleh dipandang enteng. Salah satu inovasi yang semakin menjadi perhatian pendidik adalah pembelajaran interaktif. Pendekatan ini bukan sekadar membuat pembelajaran menjadi lebih menarik, tetapi juga menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam setiap sesi pembelajaran. Pembelajaran interaktif kini dilihat sebagai satu kaedah yang boleh memberi impak besar terhadap cara pelajar menguasai ilmu, terutamanya dalam dunia yang penuh dengan alat teknologi canggih.
Dalam era transformasi organisasi pada marcapada, operasi kini beralih ke arah pendekatan yang lebih mampan dan bertanggungjawab, sejajar dengan prinsip Environmental, Social dan Governance (ESG) yang menitikberatkan tadbir urus yang cekap dan telus. ESG, yang merujuk kepada Environment, Social dan Governance ialah satu rangka kerja yang digunakan untuk menilai keberkesanan sesebuah organisasi dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap alam sekitar (environment), kesejahteraan sosial (social) dan tadbir urus yang beretika (governance).