Skip to main content

Krisis Psikologi Halus dalam Budaya Sibuk

Dalam dunia yang semakin pantas bergerak, kesibukan sering dianggap lambang kejayaan. Jadual yang padat, mesej yang tidak putus-putus, mesyuarat bertindih, dan tuntutan kerja tanpa henti menjadi rutin harian kebanyakan individu. Namun, di sebalik kesibukan yang dipuja ini, semakin ramai sebenarnya sedang kehilangan sesuatu yang jauh lebih berharga iaitu ketenangan jiwa.

Perkahwinan Merentasi 2 Benua

Perkahwinan yang indah sepanjang hayat adalah sesuatu yang sering diimpikan oleh setiap insan. Suatu episod kehidupan yang disulami dengan pelbagai kisah suka dan duka dengan ditemani insan tersayang yang sedia berkongsi segalanya. Sering kali, pasangan suami isteri diingatkan untuk sentiasa bersabar dan bertolak ansur. Ini kerana, setiap suami dan isteri memiliki pandangan dan pemikiran yang berbeza kerana latar belakang yang unik.

RPTM 2026-2035: Dekad Penentuan Universiti di Malaysia

Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 bukan sekadar sebuah dokumen dasar atau pelan pentadbiran jangka panjang. Ia merupakan satu pernyataan strategik negara yang memaksa universiti di Malaysia berdepan persoalan paling sukar: adakah institusi ini benar-benar bersedia berubah, atau sekadar mengekalkan kesinambungan lama atas nama kestabilan?

Pendekatan 3F (Fitrah-Fokus-Fleksibel) untuk Peperiksaan Akhir Bukan Sekadar Mengulang Kaji

Strategi persediaan peperiksaan dalam kalangan pelajar sering kali terperangkap dalam kepompong mekanistik yang hanya mementingkan pengumpulan data tanpa meraikan hakikat kemanusiaan yang bersifat holistik. Kupasan mengenai pendekatan Fitrah, Fokus, serta Fleksibel ini menuntut sebuah anjakan paradigma yang lebih mendalam, memandangkan proses menuntut ilmu dalam tradisi Islam merupakan satu bentuk ibadah yang perlu dilaksanakan dengan penuh adab dan keteraturan sistemik.

Pendidikan Percuma: Dari Kampus ke Komuniti, Bersama Membina Ekosistem Inklusif Negara

Pengumuman Dasar Pendidikan Percuma bagi pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) dan pelajar daripada keluarga miskin tegar di bawah Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 merupakan satu langkah berani dan berprinsip. Ia bukan sekadar inisiatif kewangan, tetapi satu manifestasi nilai keadilan sosial dan pendidikan untuk semua, dengan aspirasi besar: keciciran sifar dan tiada sesiapa yang tercicir daripada pendidikan tinggi.

Virtues of Rejab and Sha’ban: Preparing the Heart for Ramadan

This article is based on the translated Friday sermons on the virtues of the months of Rejab and Sha’ban delivered under the authority of the Pahang State Mufti’s Office.

The months of Rejab and Sha’ban occupy a special position in the Islamic calendar. Both months serve as a spiritual prelude to Ramadan and provide Muslims with an important opportunity to strengthen faith, refine character and renew commitment to obedience to Allah.

Subscribe to Experts