Skip to main content

Tak Hebat Tak Apa: 5 Sebab Anda Patut Bersukan Hari Ini

Pernah rasa malu ataupun segan untuk bermain futsal kerana takut tersilap sepak? Atau menolak ajakan hiking sebab bimbang tidak cukup stamina? Dan yang paling kerap dijadikan alasan atau mengambinghitamkan ialah tuntutan kerja yang tak habis-habis. Jika ya, ketahuilah anda bukan keseorangan. Ramai antara kita beranggapan hanya yang ‘pro’ sahaja layak bersukan. Namun, realitinya jauh berbeza. Bersukan bukan soal hebat atau tidak, menang atau kalah, tetapi tentang mencari keseimbangan hidup yang lebih sihat, tenang dan menggembirakan.

Menjadi ‘Ir.’: Panduan Lengkap Jurutera Profesional

Daripada Menara Merdeka 118 di Kuala Lumpur yang menjulang tinggi sehinggalah kepada projek infrastruktur transformatif di seluruh negara, pembangunan Malaysia didorong oleh kepakaran para juruteranya. Golongan profesional ini, yang biasanya diselia oleh para Jurutera Profesional yang bergelar 'Ir.' (Ingenieur), merupakan tulang belakang di sebalik kerja-kerja kritikal yang menggerakkan ekonomi negara disamping memastikan struktur-struktur yang dibina adalah selamat. 

UMPSA sedia pimpin transformasi TVET Negara

Di tengah-tengah usaha gigih Malaysia untuk memperkasakan Agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) tampil menawarkan satu rangka tindakan strategik yang komprehensif untuk menerajui transformasi tersebut. Berbekalkan model ‘TVET Lanjutan’ yang telah terbukti berjaya, UMPSA bersedia untuk menterjemahkan kecemerlangan institusinya kepada impak berskala nasional.

Pergerakan dalam Kehidupan: Keperluan Asas dalam Aktiviti Harian dan Revolusi Teknologi Moden

Pergerakan adalah asas kepada pelbagai tindak balas dalam kehidupan seharian dan sistem teknologi moden. Tanpa daya yang mencipta pergerakan, tidak akan wujud sebarang bentuk kerja fizikal. Dalam konteks fizik dan kejuruteraan, daya mendorong sesuatu objek bergerak, dan pergerakan itu pula melahirkan kerja (satu bentuk tenaga yang digunakan untuk menghasilkan hasil tertentu) iaitu secara persamaan matematik fizika, kerja bersamaan dengan daya didarabkan dengan jarak yang selari dengan arah daya tersebut.

Subscribe to Experts