Skip to main content

Alternatif Patawali dalam Merawat Kencing Manis: Mitos atau Realiti?

Patawali atau nama saintifiknya Tinospora crispa merupakan antara herba tradisional yang paling kerap disebut dalam rawatan penyakit kronik, khususnya kencing manis. Dalam amalan perubatan Melayu, rebusan batang patawali diminum untuk “menyejukkan badan” dan mengawal paras gula, sementara masyarakat lain di Asia turut menggunakannya sebagai tonik, ubat demam, perangsang tenaga dan merawat tekanan darah tinggi. Namun persoalan penting masih timbul: adakah keberkesanannya benar terbukti atau hanya bergantung kepada kepercayaan turun-temurun?

Di Sebalik Wajah Menunduk: Naratif Sunyi Generasi Z di Dewan Kuliah

Sebelum melangkah kaki ke dalam dunia pendidikan, sering kali timbul rasa aneh apabila mendengar keluhan orang ramai tentang betapa sukarnya menyantuni Generasi Z. Istilah-istilah seperti fragile, ‘hati tisu’, ‘Generasi Strawberi’, atau golongan yang mudah mengalami kemurungan dan keresahan sering dikaitkan dengan mereka. Seolah-olah generasi baharu ini serba kekurangan jika dibandingkan dengan ketahanan mental generasi terdahulu.

Nanotechnology: The Next Big Leap Beyond Miniaturisation

For decades, the electronics industry has advanced by making devices smaller and more powerful. From laptops to smartphones and wearable gadgets, this progress has relied on shrinking transistors, the tiny switches that control electrical signals, while increasing processing speed. Traditional transistors work by controlling the flow of electrical current, but as their size approaches just a few nanometers, quantum effects such as electron leakage and heat dissipation make this approach less efficient.

Pendayaan Komuniti Petani berteraskan Keusahawanan Sosial dan TVET Pertanian

Sektor pertanian terus menjadi tulang belakang ekonomi luar bandar dan sumber rezeki utama bagi ramai komuniti petani di negara ini, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Namun, realitinya sektor ini masih berdepan dengan pelbagai cabaran berpanjangan, termasuk tahap pendapatan yang rendah, hasil tanaman yang tidak menentu akibat perubahan dan ketidaktentuan faktor cuaca, serta tahap produktiviti yang tidak konsisten.

Hubungan Erat Malaysia-Rusia: Apa Manfaatnya?

Hubungan di antara Malaysia dengan Rusia bukanlah baharu tetapi telah terjalin sejak sekian lama iaitu semenjak tahun 1967, apabila Malaysia dan Kesatuan Soviet menjalinkan kerjasama diplomatik secara rasmi. Walau bagaimanapun hubungan ini dilihat terbatas oleh kerana terdapat perbezaan ideologi dan pengaruh geopolitik semasa. Sekitar tahun 1991 sehingga 1999 Rusia telah menggantikan Kesatuan Soviet dan hubungan berada pada tahap sederhana tetapi lebih terbuka kesan perubahan landskap geopolitik global.

Subscribe to Experts