Tanggungjawab Diri Dalam Era Kebocoran Data
Kedaulatan diri dalam belantara digital hari ini bukan sekadar persoalan teknokratik yang dilingkari kod komputer semata mata, malah ia merupakan manifestasi maruah insani yang paling dalam. Sejarah peradaban manusia telah lama mengajarkan bahawa rahsia dan privasi adalah benteng terakhir yang membezakan antara merdeka dengan perhambaan. Apabila kita menelusuri garis masa sosiologi masyarakat, maklumat peribadi dahulunya tersimpan rapi dalam lipatan adat dan adab yang dipanggil sebagai aib atau kehormatan diri.