UMP terima pelajar perintis program teknologi kejuruteraan
Kuantan, 2 September– Buat pertama kalinya Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima pelajar yang bakal mengikuti pengajian program teknologi kejuruteraan pada sesi kemasukan akademik 2019/2020. Universiti menawarkan tiga program baharu iaitu Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Analitik Data, Sarjana Muda Teknologi Automotif dengan Kepujian dan Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Fasiliti Minyak dan Gas dengan Kepujian selaras dengan tumpuan (focus) terhadap bidang berkaitan kejuruteraan kimia, kejuruteraan automotif dan teknologi kejuruteraan.