Skip to main content

Perkampungan Sains dan Teknologi di UMP Rangsang Minat Pelajar Sekolah

Kuantan, 8 Ogos – Lebih 60 buah sekolah rendah dan menengah seluruh negeri Pahang menyertai Karnival STEM Peringkat Negeri Pahang anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) dan Jabatan Jaringan Industri dan Masyarakat (JJIM) bertempat di UMP Pekan sebagai tuan rumah penganjuran bagi merangsang dan memupuk minat pelajar terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

UMP Collaborates with Bank Rakyat to offer i-Education Financing

Kuala Lumpur, 9th July - Universiti Malaysia Pahang (UMP) signed a memorandum of agreement (MoA) with Bank Rakyat to help students further their studies to a higher level. Through this strategic alliance, qualified students can apply for i-Education Financing for up to RM1 million with a financing period of up to 20 years at competitive profit rates.

UMP, Axiata bangunkan program pembangunan mahasiswa  berdaya saing   

Kuantan, 4 Ogos– Pelbagai inisiatif dilaksanakan Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan dalam kalangan mahasiswa. Baru-baru ini dengan kerjasama pihak Axiata Group Berhad, UMP mengadakan Program University Leadership Development Program (ULDP) yang berlangsung di Dewan Astaka, UMP Kampus Gambang baru-baru ini.

UMP dan Malakoff anjur Program Teknologi Hijau Sokong Inisiatif STEM@UMP

Kuantan, 3 Ogos  – Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Malakoff Corporation Berhad baru-baru ini menganjurkan Program Switching On Green Technology bertemakan  ”Menjana Ilmu Untuk Kesejahteraan dan Kelestarian Alam” sebagai menyokong inisiatif Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang dilaksanakan di universiti ini. Program mendapat kerjasama Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTEK) dan Jabatan Jaringan Industri & Masyarakat (JJIM).

Persidangan ICCEIB fokus masa depan bidang kejuruteraan kimia dan industri bioteknologi

Kuala Lumpur, 1 Ogos- Persidangan International Conference of Chemical Engineering and Industrial Biotechnology (ICCEIB) Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya mengumpulkan seramai 225 peserta  daripada golongan akademik, industri dan agensi dari dalam dan luar negara termasuk Korea Selatan, Vietnam, Thailand, Indonesia, India, Rusia, Jepun, United Kingdom, Nigeria dan Sudan  yang  memfokuskan tentang  bidang kejuruteraan kimia dan industri bioteknologi antarabangsa.  

UMP Iktiraf Warga Kerja Cemerlang dan Berinovasi

Kuantan, 31 Julai- Seramai 144 staf Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) sempena Majlis Hari Kualiti dan Inovasi sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan dalam membuktikan tahap pencapaian yang cemerlang melalui pembudayaan kualiti dan inovasi yang menjadi penggerak utama ke arah kecemerlangan organisasi. Majlis penyampaian anugerah disempurnakan Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Dato Sri Ibrahim Ahmad yang turut dihadiri Naib Canselor UMP, Prof Dato Sri Dr.

Subscribe to General