Skip to main content

Projek Fertigasi UNIMADANI kendalian UMPSA catat peningkatan prestasi tuaian cecah RM8,000

JERANTUT, 24 Jun 2025 - Projek Fertigasi Menjana Ekonomi yang dilaksanakan  Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di Madrasah Darul Uloom Al-Islamiah, Sungai Salan, Jerantut, Pahang di bawah inisiatif Program Pendayaan Komuniti Kementerian Kewangan-Universiti Awam (Komuniti @UNIMADANI) 2024 terus mencatat pencapaian positif apabila berjaya menghasilkan hampir empat tan tuaian timun dengan nilai pendapatan mencecah RM8,000 dalam tempoh tujuh hari kutipan.

Pelajar SMK Gudang Rasau cipta I-Bracealert inovasi cegah tidur dalam kelas menang emas dan Anugerah Khas di CITREX 2025

GAMBANG, 19 Jun 2025 – Bagi mengatasi masalah murid yang kerap tertidur semasa sesi pembelajaran dan peperiksaan, sekumpulan penyelidik muda dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gudang Rasau Kuantan, Husna Aqilah Mohd Zaidi, Nurkyreen Khairil Shuhaidi dan Iris Marissa Mazman telah menghasilkan I-Bracealert yang berjaya merangkul pingat emas dan Anugerah Khas dalam pertandingan Pameran Creation, Innovation, Technology and Research Exposition (CITREX) 2025 pada 18 hingga 19 Jun 2025 di Dewan Kompleks Sukan UMPSA Kampus Gambang.

EduNexa cipta nama di CITREX 2025: Muhammad Amir raih Anugerah ‘Best of the Best Student’ dengan Inovasi Pembelajaran Digital

PEKAN, 23 Jun 2025 – Kejayaan membanggakan telah dilakar oleh Muhammad Amir Mohamed Ali, pelajar tahun akhir Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) dari Fakulti Komputeran (FK), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) apabila beliau dinobatkan sebagai penerima Anugerah Best of the Best Student di Creative and Innovative Technology Research Exposition (CITREX) 2025 baru-baru ini. 

DEWBoard and EDUNEXA win CITREX 2025 Best of the Best Awards

GAMBANG, 19 June 2025 – A project titled ‘DEWBoard’ by a lecturer from the Faculty of Electrical and Electronic Engineering Technology (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Nurul Wahidah Arshad, won the Best of the Best Award in the staff category at the 15th Creation, Innovation, Technology & Research Exposition (CITREX) 2025.

According to Nurul Wahidah, DEWBoard is a learning kit for the Digital Electronics course, which is a foundational course for all programmes at FTKEE.

Subscribe to Research