Skip to main content

Umpan Marah: Senjata Murah Menguasai Media Sosial Malaysia

Umpan marah atau rage bait semakin menjadi strategi paling mudah dan paling murah untuk menguasai perhatian pengguna media sosial di Malaysia. Ia merujuk kepada kandungan yang sengaja direka untuk menimbulkan emosi negatif seperti kemarahan, kebencian dan rasa tidak puas hati. Tujuannya bukan untuk membuka perbincangan sihat tetapi untuk menghasilkan reaksi berterusan yang akhirnya meningkatkan capaian kandungan.

200 Sukarelawan KILAU UMPSA jayakan program Gotong-royong Pascabanjir di UniPSAS

KUANTAN, 20 Disember 2025 - Seramai kira-kira 200 orang Sukarelawan KILAU Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah digerakkan bagi menjayakan Program Gotong-royong Pascbanjir di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) hari ini. 

Misi berkenaan turut disertai oleh Sukarelawan Belia Pahang, Sukarelawan YADIM, Sukarelawan Majlis Belia Malaysia Pahang, staf dan pelajar UnIPSAS.

Melarutkan Paradoks Digital melalui Terapi Neurobiologi Teh

Dalam landskap antropologi moden, kita sedang menyaksikan satu fenomena yang paradoksal yang mana manusia tidak pernah memiliki tahap ‘keterhubungan’ setinggi ini dalam sejarah tamadun. Namun, secara ironinya, kita semakin terasing dalam kepompong psikologi masing-masing. Era hiperkonektiviti yang dipacu oleh algoritma canggih media sosial telah melahirkan satu krisis kesihatan mental yang senyap tetapi meruncing, di mana interaksi manusia telah dikomodifikasi menjadi data.

Lateks Getah Asli Pemacu Inovasi Pembinaan Lestari

Lateks getah asli (GA), bahan semula jadi yang lazimnya sinonim dengan  sarung tangan perubatan dan barangan harian, kini muncul sebagai nadi inovasi dalam pembinaan lestari. Namun begitu, industri pembinaan secara ironinya sering menumpukan perhatian kepada teknologi canggih dan bahan berimpak tinggi bagi menangani cabaran prestasi serta kelestarian. Ketika sektor global berdepan tekanan untuk beralih ke produk lebih mesra alam dan kos efektif, lateks GA iaitu bahan yang sebelum ini dipandang sepi kini muncul sebagai alternatif yang menarik perhatian.

Menyelami Arkeologi Rasa dengan Memugar Khazanah Gastronomi Melayu yang Merangkak Senyap

Di sebalik tabir sutera warisan Melayu, tersemat sebuah peta rasa yang kompleks dan mendalam, suatu gastronomi yang berdiri tegak sebagai teks budaya yang hidup. Namun, peta rasa ini kian dilitupi debu kelalaian, dihakis gelombang deras globalisasi dan perubahan sosioekonomi yang pantas. Sepertimana manuskrip purba yang rentan dimamah usia, sebahagian daripada khazanah kuliner tradisi Melayu kini berada di ambang senyap, beranjak dari ingatan kolektif ke dalam lipatan sejarah yang mungkin terkunci rapat.

Penyelidik UMPSA cipta Wordcraft Builder bawa pulang emas di pentas antarabangsa 3MRIC 2025

PEKAN, 11 Disember 2025 – Bagi menangani cabaran pelajar yang sering berdepan kesukaran memahami kelas kata dan struktur ayat serta mengaplikasikannya dalam penulisan, Guru Bahasa, Pusat Bahasa Moden (PBM) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Hajah Noor Azlinda Zainal Abidin telah berjaya menghasilkan penyelidikan inovasi, Wordcraft Builder: Enhancing Sentence Structure Mastery Through Multimodal Learning Techniques, sekali gus meraih pingat emas dalam 2nd International 3 Minutes Research and Innovation Competition 2025

UMPSA dan CREaTE JKR jalin kolaborasi strategik dalam meningkatkan kecekapan tenaga dan kelestarian bangunan

MELAKA, 16 Disember 2025- Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menjalinkan kolaborasi strategik dengan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi Jabatan Kerja Raya (CREaTE) dalam penyelidikan inovatif dan aplikasi teknikal yang menyumbang kepada pembangunan infrastruktur negara.

Majlis menyaksikan Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr. Yatimah Alias bertukar dokumen perjanjian dengan Pengarah Kanan CREaTE JKR, Ir. Dr. Sherliza Zaini Sooria.