Skip to main content

UMPSA raikan 25 Penyelidik Top 2% Dunia melalui inisiatif Wall of Fame

PEKAN, 22 Januari 2026 - Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus melangkah ke hadapan dalam usaha meraikan kecemerlangan penyelidikan universiti dengan mewujudkan ruang penghargaan khas yang dikenali sebagai β€˜Wall of Fame: UMPSA Top 2% Scientists by Stanford and Elsevier’

PM lancar 𝐑𝐏𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”-πŸπŸŽπŸ‘πŸ“ bakal lonjak kualiti pendidikan negara

PUTRAJAYA, 20 Januari 2026 - Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim melancarkan Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 (RPN) bertemakan β€˜Memacu Lonjakan Pendidikan Negara’ yang merangkumi Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 dan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035.Β 

Rancangan ini menandakan langkah penting dalam usaha membina negara berpaksikan kemanusiaan dan dipacu matlamat untuk meningkatkan mutu pendidikan demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negara.

Penerbitan Ilmiah sebagai Teras Pembinaan Identiti dan Legasi Seorang Sarjana

Dalam ekosistem pendidikan tinggi, penerbitan ilmiah merupakan elemen teras yang membentuk identiti, kredibiliti dan legasi seorang sarjana. Penerbitan bukan sekadar medium penyebaran dapatan penyelidikan, malah menjadi asas kepada perkembangan ilmu pengetahuan, penilaian kecemerlangan akademik, serta pengiktirafan kepakaran seseorang dalam bidang tertentu. Justeru, penerbitan harus difahami sebagai suatu proses ilmiah yang berterusan dan strategik, bukannya sekadar hasil sampingan aktiviti penyelidikan.

Profesionalisme Pensyarah: Persiapan Intelektual dan Etika dalam Pendidikan Tinggi

Profesion pensyarah merupakan antara kerjaya akademik yang paling signifikan dalam ekosistem pendidikan tinggi. Peranan seorang pensyarah tidak terbatas kepada penyampaian ilmu semata-mata, sebaliknya merangkumi tanggungjawab membentuk pemikiran kritis, nilai profesional dan jati diri pelajar sebagai bakal graduan yang berdaya saing. Oleh itu, persiapan untuk menjadi pensyarah perlu difahami sebagai satu proses menyeluruh yang melibatkan pembangunan ilmu, kemahiran pedagogi, integriti akademik serta kesediaan menghadapi cabaran pendidikan tinggi masa kini.