MALUMNI satukan alumni UA, perkasa jaringan nasional di UMS
KOTA KINABALU, 18 April 2026 – Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat dan Bengkel MALUMNI Bil. 2/2026, yang berlangsung dengan jayanya selama dua hari.
Ia menghimpunkan kepimpinan dan penggerak alumni universiti awam dari seluruh negara dalam usaha memperkukuh peranan alumni di peringkat nasional.