Skip to main content

Peranan Penyelidik UMPSA Memacu Kejayaan Usahawan Penternakan Itik Penelur di Pekan

Pekan,15 Januari 2025 – Hasil bimbingan Pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Madya Dr. Abdul Syukor Abd. Razak menjadi antara faktor kejayaan Ladang Itik Penelur Siti Makmur yang diasaskan oleh Syed Azidi Syed Abdul Aziz sehingga beliau berjaya mendapat Anugerah Peladang Jaya Pahang 2025 di Temerloh. 

Menurut Profesor Madya Dr. Abdul Syukor, Syed Azidi adalah menti beliau sejak tahun 2020 iaitu ketika beliau membeli 100 ekor itik serati. 

Cepat, Tepat dan Berimpak Menyusun Semula Minda, Nilai dan Tanggungjawab Penjawat Awam Era Baharu

Setiap tahun, Amanat Ketua Setiausaha Negara (KSN) hadir sebagai penanda arah kepada seluruh warga perkhidmatan awam. Namun Amanat Ketua Setiausaha Negara Tahun 2026 membawa satu nada yang lebih mendesak, lebih jujur dan lebih dekat dengan denyut nadi realiti kerja harian penjawat awam. Bertemakan ‘Mempercepat Pelaksanaan, Memperhebat Reformasi’, amanat ini tidak sekadar menyeru penambahbaikan sistem dan prosedur, tetapi mengajak setiap penjawat awam merenung secara kritikal cara kita bekerja, berfikir dan membuat keputusan.

UMPSA 24 Tahun: Memacu Kecemerlangan di Pentas Asean

Dalam landskap pendidikan serantau yang semakin kompetitif, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) tidak sekadar menyertai ASEAN, tetapi membentuknya. Ketika ASEAN memasuki fasa baharu pembangunan serantau, universiti ini menandakan kehadirannya bukan sebagai pemerhati, sebaliknya sebagai rakan strategik pendidikan yang aktif dan berpengaruh.

Eksplorasi Linguistik dan Hermeneutik terhadap Perkataan قلب di dalam al-Quran

Gambaran simbolik ini memperlihatkan qalb sebagai pusat tanggungjawab moral dan spiritual manusia dalam al-Quran, dengan cahaya wahyu sebagai petunjuk, bukan representasi literal.

Bahasa al-Quran merupakan sebuah lautan makna yang tidak pernah kering untuk diselami, di mana setiap lafaz yang terpilih mengandungi rahsia dan hikmah yang dalam. Antara khazanah leksikalnya yang paling mengagumkan ialah perkataan قلب (qalb) suatu istilah yang memancarkan pertembungan antara dimensi jasmani dan rohani dalam pemikiran Islam. 

Alumni UMPSA teruja kongsi ilmu dalam Bengkel Asas Teater Bersama Rakan Alumni (BATRA)

PEKAN, 8 Januari 2026 – Baru-baru ini telah berlangsung Bengkel Asas Teater Bersama Rakan Alumni (BATRA) 2.0 bertempat di Dewan Peperiksaan Mekanikal, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik (FTKPM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Pekan. 

BATRA merupakan program baharu anjuran Kelab Senandika dengan kerjasama Pusat Kebudayaan (PusKeb) yang mendekatkan alumni dengan mahasiswa dalam satu sesi berkonsepkan perkongsian ilmu dan pengalaman. 

UMPSA anjur Bengkel Pemantapan Juruaudit Dalaman EKSA 2026

PEKAN, 13 Januari 2026 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus menzahirkan komitmen dalam memperkukuh tadbir urus berkualiti dan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif apabila menganjurkan Bengkel Pemantapan Juru Audit Dalaman Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) UMPSA Tahun 2026 pada 13 dan 14 Januari 2026. 

Bengkel anjuran Pusat Pengurusan Strategik & Kualiti (PPSK) itu telah berlangsung di Dewan Latihan 1, Bangunan Pusat Digital (DiTec), UMPSA Pekan.

Mahasiswa UMPSA sambut Tahun Baharu secara Islamik

PUTRAJAYA, 1 Januari 2026 – Baru-baru ini, seramai 80 orang mahasiswa dari Kelab YOSH, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menyertai program Ambang Gema Syukur bertempat di Masjid Putra, Putrajaya.

Program itu adalah anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) serta 13 agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).